Ahad, 16 Januari 2011

Apasal la Kita Malas Sembahyang?


Mahu kongsi bersama para hamba satu pantun yang saya kira baik untuk dihayati walaupun nada penyampaian agak "kasar". Tapi,hakikatnya itulah realiti masyarakat ISLAM terutamanya di Malaysia. Berapa ramai yang solat? Saya tegur diri saya juga sebagai peringatan bersama.

Apasal la Kita Malas Sembahyang ?



apasal la , kita belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah
nak dirikan sembahyang 
rakan baik setan suruh lengah-lengah
atau nak tunggu ALLAH tarik nikmat kita sampai menangis keluar air mata darah?

apasal la kita malas sembahyang
Tuhan kasi kita jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam dan siang

Apasal la kita malas sembahyang
kerja dah best, keluarga pun dah senang
negara pun aman tidak lagi hidup berdagang
takkan lima minit lima waktu kita tak boleh luang?

apasal la kita malas sembahyang
Tuhan kasi akal supaya kita tak bangang
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang

Apasal la kita malas sembahyang
main bola kita sanggup sampai petang
beli tiket konsert kita sanggup beratur panjang
apa? kita ingat masuk syurga boleh hutang?

apasal la kita malas sembahyang
kita kena ingat umur kita bukannya panjang
pagi kita sihat petang boleh kejang
nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang

apasal la kita malas sembahyang
siksa neraka cubalah kita bayang
perjalanan akhirat terlalu panjang
janji ALLAH akan tertunai
tak siapa boleh halang!!


sekadar renungan sebagai satu muhasabh diri.

p/s: ini bukan hasil ciptaan saya. sesiapa yang ingin share, silakan. ilmu tu milik ALLAH, bukan milik manusia.
jom solat!!



Sabtu, 8 Januari 2011

Wahai Hati, Pulanglah...



Hari ini saya ingin mengajak anda merenung sebuah puisi, boleh juga nak dikatakan rintihan hati. Saya yakin semua yang bergelar hamba pernah dan sedang merintih pada penciptanya. Merintihlah kerana DIA sudi mendengar. Hayatilah, kerana saya tahu anda semua pernah merintih seperti dalam puisi ini. Puisi ini saya ambil daripada seorang kenalan di facebooknya.

Wahai hati, Pulanglah....

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?

Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku. ..

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah.

:: Ya Allah, akulah hamba yang teramat faqir kepadaMu ::



wallahua'lam.
credit to Anak-anak Sufi

Selasa, 4 Januari 2011

Flight Ke Alam Barzakh



Hayati nukilan di bawah ini. Ini bukan nukilan saya tetapi saya mahu share dengan anda semua:

cara HIDUP menentukan cara kita MATI

Confirm Flight ke alam barzakh -Peringatan buat diriku yang lupa

Kenangilah akan flight kita ke alam barzakh
One way flight yang tiada jalan pulang nya
Bila pergi ..ia akan selamanya
Confirm flight yang tak perlukan waiting list
Tak perlu booking dari awal
Tak ada boarding past yang perlu diambil
Tak ada last call untuk boarding
Tak ada bagasi yang perlu discan
Tak ada nombor tempat duduk yang perlu di cari
Tak ada economy class atau VIP
Tak ada senyum good morning sir dari paramugari
Tak ada juice dalam perjalanan
Tak ada demo keselamatan
Tak ada bahan bacaan untuk tatapan
Tak terlihat awan yang penuh keindahan
Dan tak ada ucap selamat dari juruterbang

Yang ada ...
Hanya check in dari Izrail
Yang akan datang memanggil
Hanya ucap selamat dari tanah perkuburan
Hanya soalan dari mungkar nakir yang menggerunkan
Hanya bacaan talqin yang menginsafkan
Hanya gelombang sakaratul maut yang menyakitkan
Hanya pertarungan ujian dengan syaitan
Yang cuba menyesatkan aqidah dengan seribu penyamaran
Hanya iringan Yasin dan bacaan Al-Quran
Dari anak yang soleh, rakan dan taulan
Hanya amalan akan discan
Dengan penuh detail dan ketelitian
Walau sebesar zarah akan dihitung
Segala perbuatan kita akan ditanggung
Amalan soleh atau toleh
Begitulah adilnya Tuhan
Tidak membiarkan sebarang penganiayaan
Untuk rujukan di liang perkuburan
Jika mulia jadilah taman syurga
Kalau hina.. Jadilah lubang neraka

Kita confirm akan ke sana
Tak ada yang terlepas dari persoalannya
Awas..dan beringatlah
Confirm flight ini akan tiba jua
Bukankah rasul telah bersabda
Cukuplah mati sebagai peringatan
Tiada tiket yang menunjukkan masa
Tiada transit di mana-mana
Tanpa mengetahui bilakah masa nya
Semua nya hanya ada
Dalam pengetahuan Tuhan yang Esa
Maha Mentadbir dan mengetahui segala-galanya

Ya ALLAH, Engkaulah pelindung kami dunia akhirat
Maka, matikanlah kami dalam ISLAM dan IMAN

wallahua'lam

Rabu, 22 Disember 2010

F & S

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Pagi tadi, berkesempatan tonton Tanyalah Ustaz yang bertajuk : Remaja dan Cabaran. Penyampainya ialah Ustaz Mohamed Hanafi b. Abdul Malik. Saya suka cara beliau. Santai dan suka mengaitkan situasi sekarang dengan situasi di zaman Rasulullah dan para sahabat.

Antara point yang paling masuk dalam fikiran saya ialah tentang propaganda barat untuk menjatuhkan umat Islam terutamanya para remaja.
Ustaz Hanafi kata ada 5 S dan 5 F yang menyebabkan remaja Islam hari ini lemah.
5 S itu adalah :
-song
-seks
-scheme
-screen
-sport


5 F pula :
-finance
-food
-film
-fun
*f yang lagi satu ni saya terlupa. insyaALLAH,kalau ingat nanti saya khabarkan semula.

Ustaz tu ada bagitahu juga, rupa-rupanya gula-gula pun propaganda mereka. Sebab, bila kita makan gula-gula, kita akan kemam. Otak kita akan tafsirkan yang gula-gula itu manis, manis, dan manis. Lidah kita akan lebih sensitif pada benda manis. Di sebalik itu,ada maksud yang tersirat. Seseorang yang selalu makan gula-gula, akan menjadikan dirinya sensitif di mana ada dua sikap dalam dirinya, sama ada salah satu atau kedua-duanya iaitu : Silence and Violence.

Lagi satu, minuman berkafein. Contohnya kopi. seperti yang kita sedia maklum, minuman berkafein ni menjadikan kita segar dan tak mengantuk. Bila tak mengantuk terutamanya waktu malam, susah nak tidur, mulalah keluar malam dan berpeleseran. tak semua yang begitu, tapi ada kemungkinan,kan? dan perlu diingat, kopi juga mampu meningkatkan keinginan seks.

Orang barat dan orang yahudi juga tahu, orang islam yang berjuang di jalan ALLAH akan masuk syurga. Tetapi, orang Islam yang mati dalam keadaan dia berhutang, rohnya akan tergantung di langit. Sebab itu, mereka memperkenalkan sistem faedah atau bunga, senang cerita, riba'lah. Jadi,fikir-fikirlah sendiri ye.

Ustaz juga bercerita tentang ketokohan remaja zaman sirah dulu. Salah satunya ialah Imam Syafie. saya sangat mengagumi Imam Syafie dan Imam Ghazali. Ustaz tu kata, cuba hayati sirah mereka. Imam Syafie, khatam Quran sewaktu berusia 4 tahun dan menjadi hafiz semasa berusia 8 tahun. Pada 12 tahun, dia menjadi mufti. Subhanallah, hebat, bukan? 12 tahun, kalau di negara kita, alahai..masih budak-budak lagi. Main entah apa-apa. Bila ditegur, ada yang berkata :" takpela, diorang tu budak lagi". Waktu tengah budak ni lah nak didik. Dah besar esok, susah. Melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Jika ada tambahan, silalah berkongsi ilmu.


Ahad, 19 Disember 2010

Mengadu Pada Dia

Dengan nama ALLAH yang saya muliakan

p/s: tengok ayat dalam  dialog tu.

Nak bagitahu tentang ayat 86 surah Yussuf tu. itu sebenarnya doa Nabi Ya'kub.
Tapi, saya pernah terbaca suatu artikel tak ingat pula kat mana..Saidina Umar al-Khattab sangat suka doa tu.

Saya tahu ada sesetengah orang, bila ada masalah atau ditimpa ujian, dia lebih suka memendamnya sendiri dan kongsi masalah tu dengan ALLAH. Baguslah macam tu.Utamakan ALLAH daripada manusia.

Ujian itu daripada ALLAH, jadi sebaiknya kembalilah mengadu pada DIA. Pasti DIA ada solusinya.
Apa yang penting, bukan kerjasama tetapi keyakinan yang tinggi pada ALLAH.

Tapi, kadang-kadang kita ni tak mampu juga nak pendam masalah tu seorang diri. Jadi,luahkanlah pada orang yang paling kita percayai. Luahkan pada manusia setelah kita luahkan pada ALLAH. Pastikan ALLAH adalah yang pertama yang menjadi tempat untuk kita luahkan masalah. Tidak kira ketika kita mendapat kejayaan atau ditimpa kesusahan.

Bila ingat ALLAH waktu susah dan senang, ALLAH pasti ingat kita. Suka,kan?kalau kita ini menjadi hamba yang diingat ALLAH.


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger