Khamis, 21 Februari 2013

Redhalah Dengan Dia

Daripada buku "Allah, kokohkan kaki kami di atas jalanMu" - Muhammad Lili Nur Alia

Al-Ashma'i mengatakan, " Aku melihat seorang ibu dari dusun Arab, ia termasuk wanita yang wajahnya cantik. Tapi dia mempunyai suami yang wajahnya buruk."

Aku pernah berkata pada perempuan itu, "Mengapa kamu mau menjadi isteri dari suami seperti itu?"

Ia menjawab, "Mungkin itulah yang terbaik dari Allah swt untuk dirinya, lalu Allah menjadikan diriku sebagai pahala untuknya. Jika aku berbuat tidak baik kepadanya, berarti aku tidak redha dengan sesuatu yang Allah redha kepadanya?"

Dari mana datangnya redha?

Menurut Ibn Jauzi, " Redha itu adalah kumpulan dari buah-buah ma'rifah. Bila engkau ma'rifah dengan Allah, maka engkau akan redha dengan ketetapanNYA. Semakin tinggi ma'rifah seseorang kepada sesuatu yang dicintainya maka sesuatu yang harusnya pahit dan sulit bisa berubah menjadi nikmat dan manis. Seperti dalam syair " Seksanya bagimu kenikmatan, jauhnya dia darimu itu adalah dekat."

Siapa dia setelah menjadi pasanganmu, itu jauh lebih penting !

Maka, redhalah siapa pun yang telah kamu nikahi . There's no one perfect in the world except our Prophet, Ibn Abdullah .

Pasangan kita tidak semestinya kulit putih berseri, pipi bak pauh dilayang, hidung mancung tak tersorong, lesung pipit dalamnya macam gaung, muka licin tanpa noda jerawat tapi pasangan kita pasti insyaALLAH seseorang yang menenangkan hati kita.

Teringat kata-kata seorang sahabiah yang bercerita pada saya beberapa malam yang lepas " Kadang-kadang pasangan kita biasa-biasa je pada pandangan orang lain, tapi kita sorang je nampak dia lain dari yang lain"

Sorry to say, I'm not the suit person to story on this topic !


"Ya Allah, kurniakanlah adik-beradikku, sahabat sahabiahku pasangan hidup yang soleh solehah yang mampu membawa mereka hingga ke syurga"



Nota hamba : Tahun akhir , insyaALLAH. Topik hangat , Baitul Muslim .

Saya yang tahun akhir, ramai pula yang bukan dari tahun akhir minta saya carikan calon untuk mereka . Dush!

Tahun 2013 / 1434 menyaksikan ramai sahabat saya melangkah ke alam Baitul Muslim . Moga Allah menghimpunkan kalian dalam kebaikan.

Tahun kemenangan Islam mudah-mudahan .

I'm happy for them !


h.a.m.b.a
22 Februari 2013M
11 Rabiulakhir 1434 H
Damba Cinta Ilahi

Isnin, 18 Februari 2013

"Jujur Yang Manis"

Di rumah, jika saya  bercerita berkenaan sesuatu perkara dan perkara itu telah pun diceritakan sebelum ini, pasti ada antara adik-beradik saya atau emak saya yang cakap " 2 kali cerita" sambil jari menunjukkan angka 2 atau "berita terkini tapi terlewat" .

Tapi, baiknya mereka meraikan apa yang saya cakap dengan tetap meminjamkan telinga mereka untuk saya .

 Begitulah kita, jika ada yang bercerita pada kita sesuatu perkara yang telah diceritakan, pasti cepat-cepat kita memotong "kan dah cerita benda ni dulu". Lantas, kecewalah sang pencerita yang bersemangat nak bercerita itu tadi.

Jangan, jangan begitu ya!

Khalid bin Safwan berkata :
"Jikalau seseorang bercerita dan aku telah mendengarnya sebelum ini, atau perkara itu telah kuketahui, aku tidak akan menyampuknya. Aku bimbang dia akan menyedari yang aku telah mengetahuinya."

Halusnya ajaran Islam sehinggakan adab berbicara pun diajar kepada penganutnya.

 

Begitu juga dalam kita berbicara dengan seseorang , pasti kita mahukan bicara yang jujur dari padanya. Namun, tidak kurang juga yang mahukan hatinya bahagia sedangkan bicara orang padanya tidak benar .

Persoalannya , mahu bicara jujur yang pahit atau bicara dusta yang manis?

Kejujuran itu satu kebenaran. Dan, kebenaran itu selalu menyakitkan. Namun, daripada kesakitan itu kita belajar sesuatu. Sesuatu yang positif darinya.

Itu lebih baik dari bicara dusta semata-mata untuk membahagiakan hati kita.

Namun, kejujuran yang terlalu naif juga terkadang mampu mengusik perasaan seseorang.

Maka, pesan Ustaz Pahrol Md.Juoi
 
Apabila kenyataan terlalu pedih untuk diluahkan, berdiam diri dan mendoakan adalah lebih baik demi memelihara persaudaraan.
 
Nah, indah bukan ? Doa itu kunci memelihara persaudaraan.
 
Dan, kata Dr.Muhaya "End all conflict with LOVE. Say I don't agree but I love you"
 
Maka, jika sedang berbicara atau bermesej dengan seseorang, andai bibit-bibit pergaduhan mula tercetus, cepat-cepat simbah dengan kata-kata yang memujuk dan mengalahlah.
 
Kita tidak akan kalah dengan mengalah!
 
Untuk kamu sahabat, terima kasih kerana mengajar saya mengenai kejujuran dan jawapan yang baik apabila ditanya mahu JUJUR yang PAHIT atau DUSTA yang MANIS?
 
Jawabnya " JUJUR yang MANIS" .
 
 
 
 
 
Nota hamba : Seringkali orang-orang yang rapat dengan saya memberitahu "enti ni lain,kan? Dalam kelas nampak pendiam, tapi bila kat luar especially di bilik, banyak cakap"
 
Senyum. Ya, saya memang punya dua watak. Dengan mereka yang saya selesa, saya akan jadi talkative, tapi dengan mereka yang saya kurang rapat, saya berbahasa seadanya. Nanti adalah yang bagitau, nampak baik je. Kenali aku, maka kamu akan tahu sikap aku.
 
Teringat seorang classmate bagitahu " Nampak baik, tapi tegas". Ya, well, that's me.
 
Don't judge someone if you don't know her/him.
 
 
h.a.m.b.a
8 Rabiulawwal 1434 H
18 Februari 2013M
Bumi Cinta Kusza
 
 
 
 

Sabtu, 16 Februari 2013

" Hapuskan air matamu "

Menangis

Menangis

Menangis

Itu sahajalah yang kamu tahu?

Jadi orang itu perlu kuat, ya!

Tapi, menangislah jika itu yang bisa membuat jiwamu tenang.


Setiap kali jiwamu merasa sempit, dadamu terasa sesak,  jangan engkau keluhkan semua itu kepada manusia.

Akan tetapi bacalah berulang-ulang :

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

"(Ya Rabbi...) Sesungguhnya aku telah ditimpa kesulitan dan kesusahan padahal Engkau adalah Maha Penyayang di antara semua Penyayang". (QS Al Anbiya' 83)

Dan Nabi Ayyub -alaihis salaam- pun sembuh dari penyakitnya.



Dihimpit masalah, diri sendiri dan insan lain membuat jiwa sesak , sempit .

Mahu kuceritakan pada manusia, namun hasrat itu terbatal dek ayat yang dijumpai di mukabuku.

Thank's Allah . You are only my hope.

Maafkan pendoa yang berdosa ini .



Nota hamba : Alhamdulillah, a big praise to Allah . Exam result has come out . Pointer yang melegakan hati walaupun tidak mencapai DL. Tidak kisahlah, kerana itu bukan targetnya . Apa yang mahu saya katakan, bersyukur , bersyukur , bersyukur dan jangan kufur.

Pertolongan Allah itu dekat . Mengambil exam dalam keadaan yang kurang fokus. Setiap kali mahu study, rasa mengantuk datang . Setiap kali pegang buku, kepala bagai dihempap benda yang berat . Apa yang dibaca tidak melekat . Kesan menolong budak yang histeria sewaktu study week . Tapi, Allah maha baik!

Benarlah, pertolongan Allah itu dekat . PRU13 dah nak dekat. Eh?

Selasa, 8 Januari 2013

" Tidurkan Aku "




"Semua ilmu dan amalan yang TIDAK membentuk AKHLAQ yang baik, pastinya ada KECACATAN dalam ilmu dan amalan seseorang itu."
[Habib Ali Al-Jifri]



Di medan pertempuran.

Suasana hingar-bingar . 

Pekikan dan jeritan terdengar di sana sini.

Kedengaran satu suara yang sangat kuat sedang bersemangat memberi kata-kata jihad pada teman-teman 

" Ayuh, ansarullah ! Musuh sedang menantimu di hadapan sana, jangan gentar ! Jangan cuba lari dari medan jihad ! Maralah ke hadapan ! Yakinlah bantuan Allah itu ada hampir dengan kita !

Dan, mereka semua bersemangat untuk bertempur kerana Allah.

 "Syurga menanti aku" Bisik hati kecil masing-masing.

Namun, di suatu sudut, kelihatan seorang pejuang yang kelihatan lemah sekali. 

Mulutnya sudah beberapa kali menguap menandakan dia sangat mengantuk.

Sang ketua menghampiri " Hey, kamu! Semangatlah sikit! Sahabat-sahabat yang lain semua sudah berada di barisan paling hadapan. Tidak sabar untuk memulakan pertempuran. Sedangkan kamu, masih di sini dalam keadaan mengantuk. Jika semua pejuang seperti kamu, jangan kamu bermimpi untuk menang ! 

"Maafkan saya, tuan . Saya sangat mengantuk kerana malam tadi berjaga untuk mengawal keselamatan kita semua ."

" Bagaimana kamu boleh mengantuk sebegini rupa, sedangkan aku juga dan sahabat-sahabat yang lain ada yang berjaga malam, bahkan ada yang melakukan qiamullail? 

"Tapi....."

"Ah, sudah ! Pejuang tidak akan memberi alasan dan kamu sama sekali tidak layak bergelar pejuang !"

...............................................................................

Itu hanya analogi.

Begitulah kita sebagai seorang pelajar .

Pelajar itu, seorang pejuang .

Pejuang dimana ? Ya! Di medan jihad ilmu .

Belajar itu sebenarnya satu jihad. 

Dan, sebut sahaja perkataan belajar, sangat sinonim dengan mengantuk . Sebut sahaja mengantuk, sangat sinonim dengan budak hostel .

Kita tidak akan mengantuk sekiranya kita menyematkan dalam fikiran bahawa kita sedang berjihad bahkan, kita akan bersungguh-sungguh untuk menang dalam berjihad. Sebabnya, ada tak orang yang sedang berjihad di medan perang tertidur ketika sedang berperang? adakah mereka mengantuk ketika sedang berperang? 


Kelas atau bilik kuliah itu medan jihad kita

Pensel, pen itu senjata kita .

Kawan-kawan sekelas itu, teman seperjuangan kita .

Mengantuk itu, musuh utama kita .

Pensyarah atau guru itu, ketua di medan jihad kita. Menjadi rujukan bagi kita.

Menjadi pelajar itu juga tidak boleh memberi banyak alasan .

Untuk berjaya, minimakan sebanyak mungkin alasan-alasan yang membantutkan kita untuk mencapai kejayaan .


Sekarang ini, musim final exam bagi pelajar-pelajar degree .

Sebut pasal exam, akan sinonimlah dengan surau , qiam dan segalanya yang baik-baik .

Cari Allah waktu susah ? Betapa sombongnya kita melupakan Dia ketika senang, dan menagih kembali ketika susah . Bila berjaya, lupa lagi. 

Wahai diri yang bergelar pelajar , muhasabah kembali bagaimana kamu dengan Tuhanmu itu .

Dan, syurga menanti kita jika kita syahid ketika berjihad di medan ilmu jika diizinkan Allah !












Nota hamba : Hakikatnya kita bergelar pelajar , bergelar penagih ilmu sehingga ke liang lahad . Penagih ? Erk, nampak macam kasar, tapi itulah hakikatnya .

Punya satu keinginan yang sangat tinggi, mahu menuntut ilmu agama di pondok-pondok bersama Tok-tok Guru yang mursyid.




h.a.m.b.a
9 Januari 2013 M
27 Safar 1434 H
Bumi Cinta
"Malas, menjauhlah kamu!"

Call Me Madam, Please!


" Kau ni diam-diam berisi, ye? Bila nak langsungnya?"
" Alhamdulillah, dah jodoh aku awal, nak buat macam mana. InsyaAllah, tak lama lagi, mungkin tahun depan.   nanti aku jemput,la kau."
" Lepas ni, aku kena panggil kau puan, la"
"Hehe, bereh. ikut kau la nak panggil aku apa pun".

"Sihat, tuan?"
"Alhamdulillah, beginilah keadaan saya, rasa tenang je sejak balik dari Mekah."
"Wah, mesti seronok ye tuan kat Mekah. dapat cium Hajarul Aswad tak?"
"Aku bukan pergi melancong, Dolah. Aku pergi beribadah. tak dapat cium pun. orang bersesak-sesak."
"Rugilah tuan, ye. Tapi takpe, lepas ni semua orang akan panggil tuan dengan gelaran Haji."
Tuan haji : senyum.

"Tahniah, sebab berjaya dapat gelaran Dato'. moga Dato' terus berjaya dalam bidang usahawan ni."
"Terima kasih, saya akan pastikan bidang ni terus cemerlang di mata dunia."

"Bila kau bercerai?Aku tak tau pun. Selama ni aku tengok rumahtangga kau ok je."
"Bulan lepas. Nak buat macam mana, jodoh aku dengan dia sampai sini je. Aku tak tahan dengan sikap dia."
"Muda-muda lagi, kau dah jadi janda. Tapi, orang macam kau ni, siapa yang tak nak, janda muda. Bergetah lagi."
Yang paling indah itu Allah kerana Dia tahu segala keaiban kita, tapi masih sudi memandang kita.


-----------------------------------------------------------------------------------
Itu sebenarnya, antara contoh- contoh dialog yang semestinya saya reka sendiri . Pelbagai situasi yang sememangnya berlaku dalam realiti masyarakat.

Yang saya mahu fokuskan ialah mengenai status manusia, bukan situasi tersebut. Hakikatnya, kita yang bergelar manusia ini gemar mempamerkan atau menyatakan status kita kepada manusia. Bertunang, kahwin, janda, dato', datin, tan sri, haji dan pelbagai lagi status. Ya, memang ada kepentingannya kita mempamerkan status kita kepada manusia dalam tujuan tertentu. Dan, kita juga gemar bertanya mengenai status manusia terutama mengenai perkahwinan. Tak salah pun sebenarnya, cuma pernah tak kita terfikir nak tanya sahabat-sahabat kita atau sesiapa sahaja mengenai status kita dan mereka di sisi Allah?

Memang kita tidak tahu apa kedudukan kita di sisi Allah. itu semuanya rahsia. Tapi, kita sendiri boleh merasainya sejauh mana hubungan kita dengan Allah. Adakah kita berstatus mukhlisin, solihin, muqarrabin, munafik, musyrik dan banyak lagi.

Jarang sekali kita bermuhasabah bagaimana kita di sisi Allah. Yang sering bermain di fikiran kita, bagaimana kita di sisi manusia. Siapa kita di mata kenalan kita. Mencari-cari nama di sisi manusia, sedangkan DIA tidak pernah melupakan kita, sentiasa setia menanti kita untuk meningkatkan darjat di sisi Dia. Betapa baiknya Allah .

Pernah atau tidak kita tanya diri kita " siapa aku di sisiMU ya Allah? " & " siapa Engkau di hatiku, ya Allah?"


Status juga berkait rapat dengan tanggungjawab atau jawatan yang kita pegang. Oh, banyak sekali jawatan kita di muka bumi ini, Sebagai khalifah, hamba, umat, anak, pelajar, sahabat dan sebagainya. Teringat kata Ustaz Pahrol :" Tanggungjawab itu satu AMANAH bukan ANUGERAH.

Ya, taklifan itu AMANAH bukan ANUGERAH. Bilamana kita menganggap tanggungjawab yang kita pikul itu satu anugerah, kita akan memandangnya dari sudut DUNIA sahaja. Dengan jawatan itu, kita inginkan kemasyhuran sehingga kita mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Sekiranya kita memandang taklifan itu satu AMANAH, maka kita akan memandangnya dari sudut AKHIRAT. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan amanah yang kita pikul itu di DUNIA kerana kita tahu, kita pasti akan ditanya di AKHIRAT kelak.




Nota hamba : Satu paper sahaja lagi sebelum final exam kali ini berakhir . Food Law .Moga Allah permudahkan . 

GarisanMU, Dont Forget Allah , Kasih Padamu , Ikramul Kareem, menjadi halwa telinga saya. Sungguh, lagu-lagu yang liriknya sangat menyentuh hati.


h.a.m.b.a
26 Safar 1434 H
8 Januari 2013 M
Bumi Cinta Kusza.
Menghargai insan .

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger