Selasa, 8 Januari 2013

Call Me Madam, Please!


" Kau ni diam-diam berisi, ye? Bila nak langsungnya?"
" Alhamdulillah, dah jodoh aku awal, nak buat macam mana. InsyaAllah, tak lama lagi, mungkin tahun depan.   nanti aku jemput,la kau."
" Lepas ni, aku kena panggil kau puan, la"
"Hehe, bereh. ikut kau la nak panggil aku apa pun".

"Sihat, tuan?"
"Alhamdulillah, beginilah keadaan saya, rasa tenang je sejak balik dari Mekah."
"Wah, mesti seronok ye tuan kat Mekah. dapat cium Hajarul Aswad tak?"
"Aku bukan pergi melancong, Dolah. Aku pergi beribadah. tak dapat cium pun. orang bersesak-sesak."
"Rugilah tuan, ye. Tapi takpe, lepas ni semua orang akan panggil tuan dengan gelaran Haji."
Tuan haji : senyum.

"Tahniah, sebab berjaya dapat gelaran Dato'. moga Dato' terus berjaya dalam bidang usahawan ni."
"Terima kasih, saya akan pastikan bidang ni terus cemerlang di mata dunia."

"Bila kau bercerai?Aku tak tau pun. Selama ni aku tengok rumahtangga kau ok je."
"Bulan lepas. Nak buat macam mana, jodoh aku dengan dia sampai sini je. Aku tak tahan dengan sikap dia."
"Muda-muda lagi, kau dah jadi janda. Tapi, orang macam kau ni, siapa yang tak nak, janda muda. Bergetah lagi."
Yang paling indah itu Allah kerana Dia tahu segala keaiban kita, tapi masih sudi memandang kita.


-----------------------------------------------------------------------------------
Itu sebenarnya, antara contoh- contoh dialog yang semestinya saya reka sendiri . Pelbagai situasi yang sememangnya berlaku dalam realiti masyarakat.

Yang saya mahu fokuskan ialah mengenai status manusia, bukan situasi tersebut. Hakikatnya, kita yang bergelar manusia ini gemar mempamerkan atau menyatakan status kita kepada manusia. Bertunang, kahwin, janda, dato', datin, tan sri, haji dan pelbagai lagi status. Ya, memang ada kepentingannya kita mempamerkan status kita kepada manusia dalam tujuan tertentu. Dan, kita juga gemar bertanya mengenai status manusia terutama mengenai perkahwinan. Tak salah pun sebenarnya, cuma pernah tak kita terfikir nak tanya sahabat-sahabat kita atau sesiapa sahaja mengenai status kita dan mereka di sisi Allah?

Memang kita tidak tahu apa kedudukan kita di sisi Allah. itu semuanya rahsia. Tapi, kita sendiri boleh merasainya sejauh mana hubungan kita dengan Allah. Adakah kita berstatus mukhlisin, solihin, muqarrabin, munafik, musyrik dan banyak lagi.

Jarang sekali kita bermuhasabah bagaimana kita di sisi Allah. Yang sering bermain di fikiran kita, bagaimana kita di sisi manusia. Siapa kita di mata kenalan kita. Mencari-cari nama di sisi manusia, sedangkan DIA tidak pernah melupakan kita, sentiasa setia menanti kita untuk meningkatkan darjat di sisi Dia. Betapa baiknya Allah .

Pernah atau tidak kita tanya diri kita " siapa aku di sisiMU ya Allah? " & " siapa Engkau di hatiku, ya Allah?"


Status juga berkait rapat dengan tanggungjawab atau jawatan yang kita pegang. Oh, banyak sekali jawatan kita di muka bumi ini, Sebagai khalifah, hamba, umat, anak, pelajar, sahabat dan sebagainya. Teringat kata Ustaz Pahrol :" Tanggungjawab itu satu AMANAH bukan ANUGERAH.

Ya, taklifan itu AMANAH bukan ANUGERAH. Bilamana kita menganggap tanggungjawab yang kita pikul itu satu anugerah, kita akan memandangnya dari sudut DUNIA sahaja. Dengan jawatan itu, kita inginkan kemasyhuran sehingga kita mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita.

Sekiranya kita memandang taklifan itu satu AMANAH, maka kita akan memandangnya dari sudut AKHIRAT. Kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan amanah yang kita pikul itu di DUNIA kerana kita tahu, kita pasti akan ditanya di AKHIRAT kelak.




Nota hamba : Satu paper sahaja lagi sebelum final exam kali ini berakhir . Food Law .Moga Allah permudahkan . 

GarisanMU, Dont Forget Allah , Kasih Padamu , Ikramul Kareem, menjadi halwa telinga saya. Sungguh, lagu-lagu yang liriknya sangat menyentuh hati.


h.a.m.b.a
26 Safar 1434 H
8 Januari 2013 M
Bumi Cinta Kusza.
Menghargai insan .

0 ulasan:

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger