Jumaat, 15 Jun 2012

Sakit, ya Allah!



In the name of Allah Most gracious and Most Merciful







Ya ALLAH.....! 

It Hurts When I Have To Let Go The Things I Really Love.. 

It Hurts When I Have To Lose Something That I Really Want.. 

It Hurts, ALLAH 

It Hurts
.. 
But Believe Me, Ya ALLAH.

I Will Feel Hurt Most When I Know Disobey You.. 


It Hurts Most, ALLAH..

Believe Me.. 

Believe Me 

I Realize That I Can Never Live Without Your Mercy.

I Realize That I Can Never Smile Without The Concious That You Are Pleased With Me..

 I Realize That I Can Never Lead My Life If You Are Unhappy With Me.. 

I Am Sorry.. 

I Am Really Really Sorry.

For I Have Neglected You For Long Time.

For I Have Loved Others More Than I Should Love You.. 

For I Have Prioritized Others More Than I Should..











h.a.m.b.a

25 Rejab 1433 H

15 Jun 2012 M

Selatan Tanah Air

Selasa, 12 Jun 2012

"Saya Mahu Jadi Madu Kamu "


Dengan asma Allah yang Maha Lembut terhadap hamba-hambaNYA

Madu memang manis, kan? Tapi bagi wanita perkataan madu, itu ibarat hempedu yang pahit.
Tak pernah lagi jumpa madu pahit :)


Seorang isteri solehah setia menanti suaminya pulang dari kerja. Suaminya seorang pegawai agama.

Sambil menanti di hadapan rumah, dia menghiaskan dirinya secantik yang mungkin.

Tidak berapa lama kemudian, sebuah kereta muncul. Sang isteri tersenyum gembira kerana suaminya yang soleh sudah pulang.

Namun, senyuman itu tidak lama apabila dia melihat dua orang wanita bertudung labuh turun dari kereta.

 Hatinya sudah gelisah. Pandangannya kemudian beralih pada suaminya yang kelihatan tenang sahaja.

Dua wanita itu bergerak ke arahnya. Cantik kedua-duanya. Muka ala-ala cina.

Salah seorang daripadanya menyapanya “ Assalamualaikum, kakak. Kami nak jadi madu kakak, boleh?”

Sang isteri terkejut lantas menoleh ke arah suaminya. Terlupa dia untuk menjawab salam.

Suaminya berkata “ Jawab salam dulu, sayang.”

Dengan rasa sedih yang cuba disembunyikan, dia menjawab “Waalaikumsalam”.

Dia merenung suaminya . “Abang, kenapa abang tak bagitahu awal-awal? Bukankah abang dah berjanji 

waktu awal-awal kita nikah dulu, abang tak nak berpoligami?”

Sang isteri cuba menahan tangisnya. Terasa suaminya memungkiri janjinya.

Sang suami hairan “Aik, bila abang kata abang nak nikah lagi?”

“Perempuan ni bagitahu. Abang, kalau sorang mungkin boleh saya terima, tapi ni dua orang sekaligus.” Sang isteri menjawab. Rasa sedih bertamu di hati.

“Apa yang mereka bagitahu awak?” Si suami bertanya.

“Mereka kata, mereka nak jadi madu saya .”Jawab si isteri.

“ Madu? Awak silap dengar rasanya, bukan madu tapi mad’u. Betul tak, Fatimah? “ Si suami menyoal wanita yang bermuka cina itu.

Fatimah mengangguk, “Ya madu, ustaz.”

Sang suami tersenyum lebar. Dalam hatinya “Hai, cemburu juga zaujah aku ni.”

“Sayang, awak salah faham sebenarnya, Fatimah dan Khadijah ni, muallaf. Baru sahaja menjadi saudara baru kita. Berbangsa cina. Jadi sebutannya, agak pelat. Dia nak sebut mad’u bukan madu. Saya bawa mereka ke rumah sebab nak minta awak ajarkan mereka mengenai islam.Minta maaf,lah sebab saya tak sempat nak beritahu awak tentang mereka. Anggaplah mereka seperti adik-adik awak,ye.” Jelas  sang suami.

“Betul ke bang? Aduhai, malu saya. Awat tak pi habaq awai-awai tadi? insyaALLAH, boleh .Mereka boleh jadi mad’u saya tapi kalau nak jadi madu,nampak gaya, terpaksalah saya jadi sang lebah.”  Isterinya berseloroh.


P/S : Cerita ini sekadar cerita rekaan sahaja. Ilham yang dapat setelah solat.


Nota hamba :

1] Sudah berpindah ke tempat baru. Rumah atas bukit, angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Hari-hari nampak flight terbang rendah sebab tempat baru ni merupakan laluan udara penerbangan ke Airport Changi, Singapura. Internet pun laju. Siaran TV tak perlu guna ASTRO sebab dapat hampir 26  channel TV dari 3 buah negara  Malaysia, Singapura, Indonesia. Dapat siaran radio Islamik dari Indonesia, best sangat ala-ala IKIM tapi tiada lagu nasyid langsung. Hanya tazkirah, program bual bicara, alunan ayat suci al-Quran dan azan ala-ala azan Mekah.


2] Usai maghrib tadi, mengajar Al-quran dan muqaddam kepada anak-anak jiran yang comel-comel. :) 



h.a.m.b.a
12 Jun 2012 M
22 Rejab 1433 H
Selatan Tanah Air

Isnin, 11 Jun 2012

Selamanya Dengan Kita

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Mengasihani

Selawat serta salam buat Rasulullah saw dan ahli keluarga serta sahabat baginda

Lama sungguh jejari ini tidak mencoret sesuatu untuk blog.

Membiarkan blog ini diam membisu kerana si pemilik blog sedang mencari identiti.

Sudah masuk  hampir dua minggu saya menamatkan praktikal di Kilang Rikevita, Tampoi.

Kali ini, catatann ringkas sahaja.

Sedang mendengar radio IKIM sewaktu mengemas rumah Sabtu lepas, telinga saya menangkap kata-kata Ustaz Pahrol

" Ada masalah yang boleh diselesaikan. Ada masalah yang tidak boleh diselesaikan yang kita akan hidup bersamanya seumur hidup kita. Dan, masalah itu menjadi laluan untuk kita terus merintih pada Allah. Katakan pada diri saat ditimpa masalah

"ya Allah terima kasih atas ujian ini. sesungguhnya, aku layak diuji dengan ujian ini "


ya, ada ujian yang perlu kita hidup selama-lamanya dengan dia.


Kita tidak mengharungi ujian berseorangan kerana DIA sentiasa bersama kita






Nota hamba : Di tempat baru, anginnya sepoi-sepoi bahasa. 



Rabu, 2 Mei 2012

"Saya Minat Kat Ustaz"


Dengan nama  Allah yang Maha Pemurah Maha Mengasihani
Selawat serta salam buat Rasulullah saw , ahli keluarga dan para sahabat baginda

Setiap ada orang idola tersendiri, bukan?

Tidak terkecuali saya.

Dan, saya yakin ramai yang menjadikan Rasulullah saw sebagai idola terbaik mereka.

Tak perlu mencari idola yang lain sebab sebaik-baik idola ialah Putera Abdullah itu.

Tapi, kita kan manusia biasa. Pasti ada minat pada orang lain juga, kan?

Selain Baginda dan abah saya, ada seorang lagi insan yang sangat saya sukai.

Cuba teka.


Dia seorang lelaki. Suka pakai songkok dan kot. Suka lagu nasyid. Seorang  penulis juga pendakwah dan penulis lirik lagu nasyid. Dan, saya sedikit sebanyak suka meniru gaya penulisannya.

Dan, salah satu sebab kukuh kenapa saya suka dia adalah kerana dia student foodtech!

Ya, seorang graduan lulusan Uitm dalam bidang Teknologi Makanan seperti saya .Tidak terlibat langsung dalam bidang industri atau bidang makanan, tetapi terlibat dalam bidang dakwah dan penulisan dengan gigihnya.

Siapa dia? Saya sudah bagi klunya tu.

Dialah Ustaz Pahrol Md.Juoi.

Membaca tulisannya membuatkan hati saya sering sahaja tersentuh.

Dia menulis dengan hati , itu yang membuatkan saya sangat-sangat menyukai penulisannya.

Antara buku-bukunya yang telah saya baca :
Di mana DIA di hatiku?
Nota Hati Seorang Lelaki
Beduk Diketuk
Tentang Cinta
Nota Fikir Untuk Zikir

Boleh baca biodata lengkapnya di laman ini Genta Rasa.

Ya, satu inspirasi buat diri saya yang bukan daripada jurusan pengajian Islam tetapi berminat dengan ilmu-ilmu Islam . Saya mahu menjadi sepertinya. Walaupun mempunyai Ijazah Teknologi Makanan, tetapi dia sangat konsisten dalam tugasnya menyebarkan dakwah melalui mata pena.

Ini menunjukkan tidak semestinya kita akan mendapat kerja mengikut ijazah yang kita perolehi. Ada orang bidang sastera, tetapi kerja di industri. Pendek cerita, kita tidak boleh memilih kerja dalam zaman yang mencabar dan penuh dengan pengangguran ni. Andai kata kita jenis yang memilih juga, carilah kerja yang kena dengan minat kita sendiri atau lebih elok bekerja sendiri.

Kalau doctor, anda boleh berbangga dengan Prof Dr Muhaya, Dr Farhan Hadi Taib, Dr Harlina Halizah Siraj.

Kalau engineer, anda boleh berbangga dengan Ir.Ahmad Jais.

Kalau pilot, anda boleh berbangga dengan Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

Dan, kami student foodtech, berbangga dengan Ustaz Pahrol Md Juoi.

Mereka adalah golongan professional yang terlibat dalam kegiatan dakwah.

Moga lebih ramai lagi golongan professional yang bersama-sama memperjuangkan Islam agar zaman kegemilangan itu dapat dirasai lagi.

Sains dan Islam itu sentiasa seiring.

Pandangan ulama’ itu sentiasa perlu dalam apa jua bidang yang diceburi.

Ayuh, student foodtech, mari berjihad dalam bidang makanan!

Segala kerja itu ibadah jika diniatkan kerana Allah walaupun sekadar penyapu jalanan.


Nota hamba : Berulang kali baca buku-buku Ustaz Pahrol Md Juoi tidak pernah jemu kerana kita seolah-olah membaca rintihan hati kita sendiri yang bergelar Abdullah –hamba Allah

“Allah itu amat hampir
Tapi kenapa aku masih meminggir?
Akalku alpa berfikir
Hatiku lupa berzikir”
[Di mana DIA di hatiku?]

Dan, dialah budak  foodtech yang saya minat tu J
h.a.m.b.a
3 Mei 2012M
12 Jamadilakhir 1433H
Selatan Tanah Air

Sabtu, 21 April 2012

Menyesal? insyaAllah, tidak


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya.


Hari ini saya mahu mencoret. Rindu sangat-sangat untuk menaip.

Lebih-lebih lagi apabila melihat ramai sahabat-sahabat saya mengupdate blog

Saya teringat sewaktu mendapat tahu keputusan UPU sewaktu tahun 2009.

Saya terpilih untuk melanjutkan pengajian di Universiti Darul Iman dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan.

Pelbagai reaksi yang diterima daripada keluarga saya.

Kakak saya menyatakan rasa kepuasannya apabila melihat keputusan UPU saya. Katanya : “baguslah angah ambil bidang ni, angah kan selalu rasa syubhah kalau bab-bab makanan ni.”

Berbeza pula dengan emak saya, katanya : “Mu nok kijo gapo nanti?”

Mesej daripada sahabat-sahabat saya juga bertali arus. Bila saya beritahu mereka yang saya akan sambung belajar di UDM, semuanya tercengang-cengang.

“UTM?”

“UDM? U ape tu? Tak pernah dengar pun.”

Akhirnya, saya memberitahu mereka “ U.D.M……..dulu orang panggil KUSZA, la”
………………………………………………………………………………………
Itu beberapa tahun yang lalu.

Baru-baru ni, sewaktu dalam perjalanan menuju ke Kilang Bumi Hijau, tempat praktikal ukhti Redha, saya berborak-borak dengan senior saya yang bekerja di Rikevita.

kakak : “Awak tak menyesal ke pilih bidang foodtech?”

saya : “Eh, kenapa akak tanya macam tu?”

kakak : “Takde,lah. Akak rasa awak macam tak sesuai bekerja dalam bidang industri. Selalu sakit. Dah pernah ambil MC.”

Terkedu. Dan rasa macam tersentap waktu dengar dia cakap macam tu.

Akhirnya saya menyambung,

Saya : “InsyaALLAH, tak kak sebab mungkin ada hikmahnya.”

Akak : “Akak dulu pernah menyesal ambil bidang ni, tapi akak fikir dah tak boleh buat apa, so I have to….. dan akak bertekad untuk habiskan belajar.Akak pilih bidang foodtech pun sebab bila tengok result matrik, pilih jela course yang rasa sesuai dengan pointer.”

Saya : “Sama,lah kita.sebab result matrik kurang memuaskan, saya pilih mana-mana universiti yang ada bidang foodtech atau food science.”Tapi, saya tak menyesal sebab saya suka belajar bab-bab makanan lebih-lebih lagi isu halal."
………………………………………………………………………………………
Memang benar kata kakak tu, saya merasakan yang saya kurang sesuai untuk berada dalam bidang industri lebih-lebih lagi di bahagian production yang mana ramai sangat-sangat pekerja lelaki, dan sangat-sangat memenatkan sebab tenaga wanita tidak setanding dengan tenaga lelaki.

Sepanjang hampir 9 minggu saya berpraktikal, saya memang telah mengambil MC sebanyak 5 hari. Tapi, saya bersyukur sebab Allah bagi saya sakit. Penghapus dosa. Biarlah orang nak judge kita yang kita ni, mungkin tak pandai jaga kesihatan. But, I’ve try my best.

Dan disebabkan fizikal saya yang agak kecil, semua orang ingat saya tak mampu buat kerja berat. Dan, kalau dulu orang asyik bertanya tentang pemakaian saya, kali ini people keep asking me “ Kenapa,la awak ni kecik sangat?” . Kalaulah saya boleh jawab “Oh, sebab saya tak besar sangat kot.”
……………………………………………………………………………………….
Dan baru-baru ni, sewaktu berpraktikal di bahagian QC, seorang abang datang tanya saya sesuatu

Abang QC : “Lepas habis belajar nak buat apa?”

Saya :” Wallahua’lam. Tak fikir lagi.”

Abang QC :” Sambung je, la kerja kat Rikevita.”

Saya : “ Hmm..tak naklah. “

Abang QC :”Eh, kenapa tak nak?”

Saya :” Tak berapa kena dengan jiwa.”

Abang QC :” Habis tu, nak buat apa ?”

Saya : “Ingat nak minta jadi guru agama guna sijil darjah khas.”

Abang QC :” Oh, baguslah.”
…………………………………………………………………………………………
Pagi tadi, seorang senior saya yang bekerja di Kilang Mamee, menelefon saya untuk menerangkan kepada saya mengenai isu benzoyl peroxide dalam tepung gandum.

Panjang kami berbual. Antara yang paling saya ingat….

Saya :” akak nak stay kat industri je ke lepas ni?”

Akak : “eh, taklah. Ni pun tengah mencari-cari kerja lain.”

Saya :” oh, kirenya lepas ni akak balik UniSZA semula la ea, sambung master?”

Akak :” haah, Kerja kat sini pun sebab nak cari pengalaman.”

Saya :” kenapa akak tak nak stay kat industri?”

Akak :” sebab tak kena dengan jiwa.”

Zupp! Jawapan yang membuatkan hati saya sangat gembira.

Dalam hati saya “ Alhamdulillah, ada juga orang yang pemikirannya sama dengan aku.”

Sebab saya sangat risau bila saya bagitahu abang QC yang kerja di sini tidak sesuai dengan jiwa saya, bimbang dia salah anggapan.
…………………………………………………………………………..............................
Mahu tahu kenapa tidak kena dengan jiwa kami?

Sebab bila terlibat dengan industri terutama bahagian production, kita akan jarang punya masa untuk diri kita. Dan sebenarnya, bila kita sudah bekerja, masa kita akan lebih banyak di kilang.

Semakin hari jiwa terasa kosong kerana sukar sekali mencari pengisian rohani, sedangkan bebanan kerja makin banyak. Kadang-kadang , Sabtu Ahad mungkin akan kena OT sebab ada production.

Jadi, bila mahu pergi usrah?pergi halaqah? Majlis ta’lim?

Tapi,sebenarnya, semuanya bergantung atas diri kita. Perlu kuat. Walaupun kita nampak kerja di kilang itu amalan dunia, kita boleh peroleh pahala akhirat bila segalanya diniatkan kerana Allah. Kita sedang berjihad dalam medan juang makanan untuk menghasilkan makanan yang halalan toyyiba.


Nota hamba : Sewaktu kecil dahulu, cita-cita saya mahu menjadi ustazah. Sehinggalah lepas dapat result SPM, saya mahu menjadi pensyarah bahasa arab kerana saya sangat cintakan bahasa arab. Tapi, Allah letak saya dalam bidang sains .

Dan, kini saya berbahagia menjadi salah seorang pelajar bidang teknologi makanan. Lebih-lebih lagi apabila saya dapat tahu dia pun budak foodtech. Mahu tahu siapa dia? insyaALLAH, entry lain menyusul.

Tadabbur surah baqarah : 216

h.a.m.b.a
21 April 2012M
29 Jamadil awwal 1433H
Selatan tanah air.

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger