Isnin, 22 Ogos 2011

Dia Abdullah [Bahagian 2]

بسم الله الرحمن الرحيم

Hafiz memulakan cerita.

"Sebenarnya, ana segan dengan enta. Tapi, ana nak cerita juga sebab yakin enta dapat jaga rahsia. Ana pun nak minta enta doakan ana. Ingat tak semalam, yang ana kata, ana nak pergi ziarah Uwais? "

Abdullah mengangguk. Tidak mahu menyampuk.

"Ana minta tolong Uwais jadi orang tengah untuk ana. Ana dah khitbah Sakinah, sepupu Uwais yang sekelas dengan enta. Seminggu lagi, Sakinah akan bagi jawapan. Doakan ana, ya Abdullah."

"Alhamdulillah, amin. Saya doakan agar Sakinah terima khitbah kamu,ya Hafiz. Sakinah tu, solehah, insyaALLAH."

Tiada riak cemburu pada wajah Abdullah kerana dia memang belum bersedia ke arah itu. Tambahan pula, kini dia tenang bersama kekasihnya.

"Abdullah, enta tak nak khitbah mana-mana muslimat ke?" tanya Hafiz kerana dilihatnya Abdullah seolah-olah kurang berminat untuk membicarakan soal baitul muslim ni.

Jawab Abdullah, " Hafiz, buat masa sekarang, tidak lagi. Saya belum bersedia. insyaALLAH, andai hati saya sudah terbuka, saya akan berbuat seperti kamu juga. Saya tidak risau kerana yakin dengan janjiNYA, lelaki yang baik untuk wanita yang baik, bukan? Tambahan pula, saya lihat khitbah ini seolah-olah menjadi satu trend di tempat kita. Saya tidak mahu mengkhitbah mana-mana muslimat kerana bimbang saya melakukannya kerana melihat orang-orang di sekeliling saya membuat perkara yang sama. insyaALLAH, bila dah benar-benar bersedia, saya akan memilih muslimat kerana agama yang ada padanya."

Hafiz tersenyum. " masya ALLAH, pendirian enta memang tegas. Ana kagum dengan enta. Ana, insyaALLAH, mengkhitbah Sakinah kerana ana sudah bersedia. Tambahan pula, semester depan adalah semester terakhir kita. Doakan ana ye, akhi."

"insyaALLAH, saya akan doakan kamu dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Pesan saya, andai Sakinah menerima kamu, bersyukurlah. Andai tidak, jangan bersedih dan redhalah. Pasti ada hikmahnya. Bila dia sudah menerima kamu, sematkanlah di hati kamu bahawa dia bukan milik kamu yang sah lagi.Maka, serahkanlah hatinya pada Allah untuk dipelihara daripada noda dan begitu juga kamu, serahkan hati kamu pada Allah kerana hati kita selama-lamanya milik DIA. Peliharalah hubungan agar sentiasa dalam syariatNYA, ya Hafiz." Panjang nasihat Abdullah buat sahabatnya.

Hafiz tersenyum. Disematnya satu-persatu kata-kata Abdullah dalam fikirannya agar bisa dijadikan pedoman buat dirinya dan juga Sakinah.

Pagi, selepas Subuh.

Abdullah bersiap-siap untuk ke taman. Berseorangan. Kerana dia mahukan ketenangan bersama penciptanya. Sungguh, alam ini satu bukti Dia ada dan sentiasa cintakan hambaNYA.

Sebelum melangkah keluar, sempat dia menoleh ke arah katil Zaqwan. Dilihatnya Zaqwan sedang menangis.

Dengan perlahan, diaturnya langkah menuju ke arah Zaqwan.

"Kamu ok, Zaqwan?". Disentuh lembut bahu Zaqwan.

Zaqwan hanya diam.

"Kalau kamu tidak kisah, boleh saya tanya sesuatu?" tanya Abdullah.

Zaqwan hanya mengangguk.

"Maaf ya, kamu kenapa menangis,akhi?"

Zaqwan tidak menjawab, bahkan dia pula yang menyoal Abdullah.

"Kau nak pergi mana? Aku nak ikut, boleh?"

Abdullah tersenyum. " ya, bisa aja. Mari, kita ke taman di belakang sana. Tempat tu tak ramai orang." Pelawa Abdullah

Hatinya berbunga-bunga. Bukan kerana dia keluar bersama kekasih. Tetapi, roomatenya yang dianggap sebagai sahabat. Hatinya berbisik, "Mungkin, ini masanya sudah tiba."

Di taman, menghadap sebuah tasik.

"masya ALLAH, segarnya udara di sini. Alhamdulillah, kita masih bernafas, kan Zaqwan?" Abdullah memulakan perbualan sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan sebuah tasik.

"Haah." Pendek zaqwan menjawab.

Suasana sunyi. Yang ada hanyalah siulan burung-burung di pagi hari. Abdullah memberi peluang kepada Zaqwan untuk bercerita.

"Lah, aku dah clash. Malam tadi. Sebab tu aku balik lambat malam tadi."Terang Zaqwan tanpa dipinta.

"Alhamdulillah." Abdullah menjawab. Hatinya tenang dengan pengakuan itu.

"Sebelum tu, aku nak minta maaf kalau aku selalu panggil kau mamat Indon. Kau tak kisah, kan? Lagi satu, boleh ke aku panggil kau Lah?"tanya Zaqwan

"Maafmu diterima, teman.ya, bisa aja kamu panggil aku mamat Indon. Tapi, nggak enak tu bunyinya. Kalau ditukar mamat tu kepada pria, lebih seru, bukan? Nampak sedikit kegantengan aku. Ya, kamu boleh kok, panggil aku Lah." Abdullah membenarkan Zaqwan untuk memanggilnya Lah walaupun dia lebih gemar dipanggil dengan nama penuh. Hikmah dalam berdakwah. Sebab itu, dia sentiasa memanggil sahabat-sahabatnya dengan nama penuh. Biar ada maksudnya.

"Pandai jugak kau melawak,ek? Aku ingat kau ni serius je orangnya." Zaqwan nyata terkejut dengan gurauan Abdullah kerana sangkanya Abdullah selama ini tidak pandai melawak.

"Melawak biar kena tempat, akhi." Pendek Abdullah menjawab.

"Aku nak ucap terima kasih sebab kau selalu tegur aku selama ni. Tapi, hati aku ni kotor. Mata aku ni buta. Tak nampak kebenaran. Sibuk dengan dunia. Asyik nak bercinta je. Aku tak pernah dikecewakan mana-mana perempuan selama ni. Bila dah jadi macam ni, aku rasa fed up. Rasa nak bunuh diri je. Minah tu kurang ajar, betul!Rupa-rupanya selama ni dia ada balak lain. Patutlah sejak akhir-akhir ni, aku telefon, dia buat endah tak endah. Akhirnya, malam tadi kantoi. Aku nampak dia tengah berdua-duaan dengan lelaki lain. Lepas ni,aku dah malas nak bercinta dan tak nak percaya langsung pada manusia yang bernama perempuan ni!" luah Zaqwan dalam nada yang penuh dengan kebencian.

Abdullah terdiam seketika . Beberapa saat kemudian, dia menyambung," Zaqwan, itu tandanya Allah sayang pada kamu. Putus cinta itu satu ujian. Dan DIA ingin memberitahu kamu bahawa cinta manusia itu selalunya menyakitkan, mengecewakan jika tidak bertepatan dengan syariatnya. DIA cemburu melihat kamu menduakan cintaNYA. DIA nak kamu kembali kepada DIA dan mencintai DIA. Ingat, Allah sentiasa mencintai kita, Cuma kita sahaja yang sombong kerana tidak mahu membalas cintaNYA. Dan, berterima kasihlah kepadaNYA kerana telah menunjukkan perbuatan sebenar bekas teman wanitamu itu. DIA tidak mahu kamu tertipu dengan cinta yang palsu. Zaqwan, janganlah membenci wanita kerana bukan semua wanita itu jahat. Ibu kamu, kakak kamu, wanita bukan? Kalau kamu membenci wanita, bermakna kamu membenci ibumu sendiri. Jangan lari dari hidayah, Zaqwan.Jangan terlalu turutkan kemarahan kamu itu."

Zaqwan terdiam.

"Layakkah aku dapat hidayah, Lah?aku kan jahat. Allah nak ke pandang aku?" Zaqwan mengadu pada Abdullah.


 


 


 

Bersambung .

Untuk baca Dia Abdullah [bahagian 1], sila klik di entry yang lepas.


 

Rabu, 17 Ogos 2011

Dia Abdullah [Bahagian 1]

Dengan nama Allah, aku berlindung daripada syaitan laknatullah

Petang, selepas solat Asar.

"Mau ke mana, kamu Hafiz?"

Satu suara menyapa Hafiz yang baru sahaja hendak bersiap-siap keluar.

"Oh, Abdullah. Ana nak ziarah Uwais kejap. Nak ikut?" pelawa Hafiz pada Abdullah, teman sebiliknya.

Belum sempat Abdullah menjawab, Hafiz bertanya lagi, "Enta dari mana? Lewat pulang petang ni."

"Saya dari surau, ada majlis ta'lim tadi. Tidak mengapa,kamu pergi sahaja ya. Jangan lupa titip salam saya buat Uwais," ujar Abdullah.

Setelah Hafiz pergi, Abdullah masuk ke dalam bilik. Kelihatan teman sebiliknya, Zaqwan atau nama panggilannya, Zack asyik menghadap laptop.

"Zaqwan, kamu lagi sedang buat apa?" tanya Abdullah pada Zaqwan.

Zaqwan hanya buat pekak sahaja dan tidak mengendahkan pertanyaan Abdullah.

"Kamu dah solat asar, Zaqwan?"

Tiba-tiba ..

"Woi, mamat Indon! Kau ni bising betullah. Sibuk tanya aku dah solat ke belum. Tak payah ar sibuk-sibuk. Aku tau la nak sembahyang nanti." Zaqwan membalas pertanyaan Abdullah dengan nada marah.

Abdullah beristighfar. Dia cuba menenangkan hatinya. Bukan dia tidak tahu, Zaqwan memang jarang solat. Kalau solat pun, cuma waktu peperiksaan sahaja. Petang-petang begini, Zaqwan selalunya berym dengan teman wanitanya. Dia tahu rutin harian Zaqwan kerana seringkali memerhatikan Zaqwan dalam diam. Tekadnya, dia mahu mengajak Zaqwan menjadi lebih baik dan berubah ke arah kebaikan.

"Tidak mengapa, Abdullah. Kamu sudah banyak kali menasihatinya. Mungkin, cara kamu tidak berhikmah. Teruskan berdoa pada Allah agar dibukakan pintu hati Zaqwan. Jangan pernah putus asa, kerana syaitan tidak pernah mengenal erti putus asa dalam menyesatkan manusia. Ingat, Abdullah, bukan kamu yang beri dia hidayah, tetapi Allah yang beri ." Abdullah bermonolog sendirian.

Setelah berasa sedikit tenang, Abdullah duduk di atas katil dan terus membuka laptopnya. Dia mahu memeriksa emelnya. Mana tahu ada khabar keluarganya dari Indonesia. Sambil memeriksa inbox emelnya, dia buka new tab untuk log in
account facebook miliknya.

" MasyaALLAH, banyak sekali friend requests. Ada 43 friend request." Getus hatinya.

Satu kerisauan bersarang di hatinya kerana hampir 30 lebih new friend request itu datangnya dari kalangan wanita. Prinsip Abdullah, dia tidak akan approve mana-mana wanita baik yang muslimah atau tidak.Dia bimbang kalau terjadi apa-apa fitnah ke atas dirinya disebabkan golongan itu.

Abdullah, pemuda soleh dari Indonesia itu seringkali menjadi perhatian muslimah di tempatnya menuntut ilmu. Dia tidaklah sesegak muslimin Malaysia, tetapi wajahnya yang sentiasa tenang itu seringkali membuatkan sesiapa jua yang memandangnya akan tertawan. Dan, wajah itu juga seringkali membuatkan yang melihatnya pasti mengingati Allah.

Dia sangat menjaga batas pergaulan dengan muslimat. Sering menundukkan pandangan. Hanya bermesej dengan muslimat apabila ada gerak kerja sahaja. Jika ada study group yang memerlukannya bekerjasama dengan muslimat, dia akan buat sesegera mungkin tetapi sistematik. Sehingga ada yang melabelkan dirinya terlalu syadid. Biarlah, dia tidak kisah apa orang kata kerana prinsip hidupnya

"الهى انت مقصودي ورضاك مطلوبي"

Malam, usai solat isya'

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik, Hafiz menegur Abdullah.

" Baru pulang, Abdullah? Lambat pulak hari ni."

"Oh, akhi Hafiz. Ya, saya baru aja pulang dari surau. Tadi ada majlis bayan. Senior kamu yang menyampaikannya, Akh Khairi." Jawab Abdullah.

Dia memandang ke arah katil Zaqwan. Kosong. Dia tahu Zaqwan ke mana. Zaqwan selalunya bila tiba waktu malam, dia akan menghabiskan masa di café bersama-sama teman wanitanya dan juga teman-teman seangkatannya yang lain.

Lamunan Abdullah mati apabila Hafiz menegurnya.

"Kenapa, Abdullah? Cari Zaqwan ye? Dia tu, biasalah malam-malam macam ni mana nak lekat kat bilik.erm..Abdullah, bisy tak?"

Abdullah tersenyum lantas menjawab ,"Tidak, akhi. Saya tidak sibuk.Kenapa? Ha!Biarin saya teka ya! Pasti ada sesuatu yang mahu dibicarakan sama saya, betul nggak?"

Hafiz terkejut," Macam mana enta tau? Alamak, segan pula ana."

"Hafiz, Hafiz, saya inikan roommate kamu, ya sudah pastilah saya masak dengan sikap kamu. Tambahan pula, kita kan sahabat." Tenang Abdullah menjawab.

Hafiz tersenyum tersipu-sipu.

"Ha, ceritalah! Saya sedia mendengar ."gesa Abdullah pada Hafiz.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kisah Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

أعو ذ بالله من الشيطا ن الرجيم

Suatu malam, selepas solat tarawikh

"Manalah si mamat ni? Lama giler solat tarawikh. Penat dah aku tunggu kat sini. Lenguh kaki dibuatnya ."

Azman merungut sendirian di luar surau tatkala menunggu kawan baiknya, Syukri yang masih lagi berada di dalam surau.

Tiba-tiba,

"Woi!" Syukri menyergahnya dari belakang.

"Opocot mak aku!". Azman melatah. Tindakannya itu membuatkan Syukri ketawa besar.

"Melatah juga ye,kau. Aku ingat oghe tino jah melatah." Tempelak Syukri.

" Nasib baik jantung aku tak tercabut, Syuk.Wei, ko ni lama giler solat. Berwirid ke? Penat tau aku tunggu kat sini. Aku ingat, nak balik je tadi. Tapi kesian pulak dekat kawan baik aku ni, aku pun tunggu jela. Nilah yang dikatakan sahabat sejati, tau. Sanggup tunggu temannya," ujar azman.

"Amboi, puji diri sendiri nampak.Sorry, lorry, strawberry, la. Aku makan jap lepas tarawikh tadi. Eh, ko tak makan ke?Lagi satu, yang ko ni cepat sangat habis solat , kenapa?" tanya Syukri.

"Aku dah makan dulu dengan budak-budak kecik tadi. Lapar sangat. Hehe.lagipun, perut aku ni tengah ada angin. Kalau tak sendawa, kentut. Jenuhla aku nak ambil wudhu'. Aku pun solat je la, lapan rakaat. Ok,lah daripada aku tak solat langsung,kan?" Azman membela dirinya.

" Lapan je? Nampaknya malam ni, aku lagi bagus daripada kau. Aku solat full rakaat tau. Semalam pun sama. Kesian, kau, kan? Patutnya bulan puasa ni lah nak grab pahala banyak-banyak." Ada nada riak pada kata-kata Syukri.

"Ye,lah.ye,lah. Ko je yang bagus. Aku ni tak bagus, pahala pun tak banyak. Dahla, jom balik," nada Azman seakan-akan merajuk.

Dia tahu, Syukri orangnya gemar membangga diri lebih-lebih lagi dalam beramal ibadah. Maklumlah, Syukri belajar di sekolah agama, sedangkan dia hanya belajar di sekolah menengah biasa. Tambahan pula, Syukri memang terkenal di kampungnya kerana kelunakan suaranya ketika mengalunkan azan pada setiap kali waktu Maghrib dan Isya' kerana pada waktu solat yang lain, Syukri tidak berkesempatan. Namun, satu sikap Syukri yang membuatkan Azman selesa untuk bersahabat dengannya ialah Syukri tidak lokek ilmu. Apa jua ilmu yang dia dapat di sekolah, dia akan kongsikan pada Azman. Kata-kata Syukri tadi membuatkan dia sedikit berkecil hati, namun dibuangnya perasaan itu jauh-jauh.

Tanpa disedari Azman dan Syukri, perbualan mereka tadi menarik minat seseorang yang sejak tadi memerhatikan mereka tidakjauh dari tempat mereka berborak.

"Azman, Syukri, tunggu kejap."

Satu suara memanggil nama mereka.

Serentak Azman dan Syukri menoleh ke arah suara tersebut.

"Eh, abang Talhah. Kenapa, bang? Kitorang nak balik dah ni. Abang nak join sekali ke?" Syukri bertanya.

Talhah, seorang pemuda soleh di kampung mereka dan juga kenalan abang Syukri yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Mesir.

"Boleh juga, abang pun bawa kereta ni. Apa kata abang je hantar kamu berdua balik?" pelawa Talhah.

Pantas dijawab Azman ,"Oh, boleh sangat tu bang. Kaki saya dah lenguh ni. Tadi tunggu si Syuk ni habis solat kat luar surau ."

"Oh, ye ke?alahai kesian pula dekat Azman. Tapi, abang nak ajak kamu berborak,la. Boleh tak? Dah lama tak berborak dengan adik-adik ni."

Syukri dan Azman berpandangan.

"Boleh, jugak bang. Lagipun, esok cuti," jawab Syukri.

Setelah Azman dan Syukri menerima pelawaan Talhah, mereka pun bergerak menuju ke anjung surau dan duduk di situ.

" Azman dan Syukri sihat ke? Tadi solat ok?" tanya Talhah sebagai permulaan perbualan.

Lantas di jawab Syukri," oh, saya ok, je bang. Tapi, si Man ni ha..asyik kentut je. Dia dapat solat 8 rakaat je, saya Alhamdulillah, solat full rakaat."

Azman menyiku lengan Syukri sebagai tanda tidak puas hati kerana memberitahu pada Talhah tentang dirinya yang seringkali 'buang angin' ketika solat.

Syukri hanya tersengih. Tanda dia faham mengapa Azman menyiku lengannya.

Talhah terdiam seketika. Dalam hatinya," Aku perlu menegur si Syukri ni. Bimbang rasa riak, ujub dan takabbur bersarang di hatinya dek kerana amalan yang dia lakukan."

" Oh, begitu, ke? Takpe-takpe. Pasti ada hikmah tu. Ramadhan masih berbaki 17 hari lagi. Abang yakin, Azman boleh solat dengan sempurna. Mohonlah pertolongan pada Allah agar memudahkan kita melakukan ibadah ye, dik. Biar sikit rakaat, yang penting hati kita, ikhlas dan hati juga benar-benar khusyuk dalam beribadah. Bersih daripada riak, ujub dan takabbur," Talhah membela Azman.

Azman berasa terhibur setelah mendengar penjelasan daripada abang Talhah. Cuma, persoalan yang bermain di fikirannya ," Apa hikmahnya? Kentut pun ada hikmah ke?"

Talhah seakan tahu apa yang bermain di fikiran Azman, lalu menyambung kata-kata ." Mesti adik-adik pelik kan abang kata, pasti ada hikmahnya . Abang yakin ada, baik daripada sudut agama mahupun saintifik. Tapi, abang tak nak explain dari sudut saintifik. Abang nak cakap hikmahnya dari sudut agama. Pertama, Allah nak uji Azman. Ingat! Azman perlu redha menerima ujian ni sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa Azman dan juga meninggikan darjat Azman di sisiNYA. Kedua, Allah nak sucikan wajah Azman dengan cahaya wudhu'. Tahu tak, sahabat Nabi yang bernama Bilal bin Rabah ?Ha, Bilal ni sentiasa memperbaharui wudhu' tau sehingga kedengaran tapak kakinya di syurga nanti di hadapan Rasulullah. Ketiga, wudhu' ni dapat menjadi benteng pertahanan buat kita agar syaitan tak mudah nak memasuki badan kita dan menguasai kita. Keempat, Allah nak didik kita sebenarnya supaya tidak berasa bangga dengan solat yang kita lakukan. Mungkin, solat kita tak mampu nak tinggikan darjat kita di sisi Allah, dan sebab tu, Allah bagi ujian pada kita . Yang penting, perlu bersabar." Panjang lebar penerangan daripada Talhah buat kedua-dua sahabat itu.

Talhah memandang Syukri. Riak wajah Syukri berubah. Mungkin dia merasakan kata-kata Talhah itu tepat ditujukan buat dirinya. Masakan tidak, selama ni dia selalu memandang rendah pada Azman dan sering merasakan dialah yang paling banyak beramal ibadah.

"Syukri minta maaf, bang. Azman, maafkan aku ye. Aku banyak terleka. Aku selalu bangga dengan amalan aku. Aku selalu rasa diri aku bagus . Maafkan aku, ye Man." Syukri meminta maaf tanpa dipinta.

Azman tersenyum. " Takpe, Syuk. Aku maafkan , yang penting kau kena minta ampun pada Allah. Setiap anak Adam kan mesti punya dosa, sebaik-baik hamba yang berdosa, dia segera bertaubat setelah melakukan dosa. Kau yang ajar aku hadis, tu kan? Terima kasih Syuk. Aku hargai sangat-sangat." Dalam hati Azman, diucapkan rasa syukur yang tak terhingga pada Allah.

" Alhamdulillah, kalau Syukri dah sedar. Maafkan abang juga. Bukan niat abang nak menyindir Syukri. Tapi, abang rasa bersalah kalau tak tegur Syukri. Maafkan abang ye Syuk kalau abang yang bersangka buruk pada Syukri. Sama-sama kita berubah kea rah yang lebih baik. Ingat pesanan abang , Ibn Ata'illah pernah berkata : Jangan kamu berasa gembira kerana merasakan telah mampu membuat ketaatan tetapi gembiralah kerana ketaatan itu adalah semata-mata hidayah Allah s.w.t. Kita takkan mampu buat ibadah kalau Allah tak bagi rahmatNYA pada kita ," ujar Talhah yang menjadikan kata-kata Ibn Ata'illah sebagai penutup pada malam itu.

" Jom, abang hantar kamu berdua balik. Dah lewat ni. Maaf, abang ambil masa kamu. Nanti abang akan bagitau ibu dan ayah kamu berdua, ye ." Talhah mengajak mereka pulang kerana hari sudah terlalu lewat.

Azman dan Syukri mengikut Talhah ke arah keretanya.

Dalam hati Syukri ," ya ALLAH, malam ni aku nak solat taubat dan mohon ampun padaMU. Ampunkan aku, ya ALLAH. Terima kasih atas segalanya pada malam ni ." Syukri terus beristighfar dalam hati sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Dia punya harapan baru dalam melaksanakan ibadah yang disuruh ALLAH dan dia berharap dapat mencapai darjat mukhlisin.


 

TAMAT.

Jumaat, 8 Julai 2011

Kena Ugut




Pernah kena ugut tak?
"Kalau kau bagitau cikgu, siaplah kau balik sekolah nanti"
"Kalau kau tak bayar hutang dalam masa 3 hari, aku belasah kau"
Begitulah biasanya ayat-ayat ugutan.
Saya tak pernah kena ugut, mungkin ada tapi, lupa.


Kena pow pernahlah. Waktu tu, saya berada di tingkatan 2.
Ketika sedang membuang "mucus" yang berwarna hijau dalam di sinki, saya didatangi seorang minah samseng .
"Eh, kau buang hingus ea?" . Dalam hati saya "Direct giler budak ni tanya". Saya mengangguk.
"Kau selesema ke?" . Dalam hati saya "La, dah nampak, tanya lagi. Saya mengangguk lagi.
"Wei, minta 20 sen ". Ah,sudah. Kecut perut saya walaupun dia hanya meminta 20 sen.
Saya tak ingat sama ada saya ada duit atau tidak waktu tu.
Baru nak seluk kocek saya, kemudian, seorang kawan minah samseng tu datang.
"Eh, kau jangan pow dia la.Dia ni kawan azarina "


Fuh! Alhamdulillah, Allah selamatkan. Azarina , teman saya sejak sekolah tabika juga kawan kepada minah samseng tadi. Tapi, dia tak samseng.
Bila ingat balik cerita tu, saya senyum. "20 sen je? Lain kali minta la lebih sikit " J
Itu cerita lama. Titik. Jom dengar cerita baru!


Hampir 3 bulan di rumah, banyak sekali rasanya perkara yang dapat dipelajari, walaupun terkadang rasa bosan bertandang.


Suatu ketika pernah saya dan adik bersembang-sembang di waktu petang. Ada satu cerita yang adik saya sampaikan yang menyebabkan saya berfikir panjang. Mengenai sebuah keluarga jiran. Bukan niat saya untuk memburukkan tetapi saya ingin mengajak kamu semua berfikir. Bukan sekadar membaca tetapi mencari ibrah di sebalik cerita ini.


Cerita 1 :
Kata si suami :" kalau awak pakai tudung, saya ceraikan awak "
Maka, si isteri yang taat ni pun sanggup menayangkan rambutnya dek kerana takut diceraikan si suami tadi.
Allahurabbi, waktu saya dengar cerita ni, terlintas dalam fikiran saya "ada juga suami yang macam ni"
Memang benar, saya akui, ada sesetengah lelaki baik suami atau bapa yang tidak gemar melihat isteri atau anak-anaknya menutup aurat. Lelaki sebegini dayus.


Kasihan saya pada sang isteri. Kerana "sayangkan suami ", rela melanggar perintah Allah . kerana takut diceraikan, sanggup menjadi pak turut pada sang suami yang pada saya tidak berhati perut.
Kalau benar si suami sayangkan si isteri, pasti dia tidak merelakan kecantikan isterinya dipamerkan pada lelaki lain. Kalau benar si suami cintakan isteri, pasti dia tidak sanggup melihat isterinya dibakar dalam neraka kelak. Dan sudah pasti dia tidak mahu menanggung dosa isterinya lantaran dosa diri sendiri juga sudah tidak tertanggung.


Namun sayang, si isteri tertipu dengan kecintaan suami. Si suami hanya mencintainya atas dasar kecantikan bukan agama. Mahu menikmati hidup bersama si isteri di dunia sahaja, sedangkan si isteri berharap agar suaminya di dunia jugalah yang menjadi bidadara syurganya kelak.


Saya tidak mengenali jiran yang diceritakan oleh adik saya ini kerana jarang balik ke rumah. Tapi, hati saya sedih tatkala mendengar cerita ini. Kasihan si isteri ini. Sewajarnya, dia patut takut pada seksaan ALLAH kerana tidak patuh pada perintah ALLAH. Sepatutnya, dia mencari redha ALLAH dengan marahnya manusia. Dia tidak akan digelar nusyuz kerana si suami mengarahkan dirinya untuk melanggar perintah ALLAH. hanya doa yang mampu kita semua tembakkan untuk dia sekeluarga.


Ingatlah :
لا طاعة بمخلوق في معصية الله
"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah"


Cerita 2 :
J saya rasa cerita ni pun agak bahaya juga.
Kata sang ayah: "kalau ada sape-sape yang pangkah hijau, buang nama aku kat belakang nama korang"
Maksdunya, jangan ber bin/ binti kan nama si ayah tadi.


Fuh! pertama kali dengar cerita ni daripada mulut si anak sendiri, terkejut saya. Betapa ayahnya terlalu obsess dengan puak biru. Anak-anak pula majoriti sokong puak hijau. Jadi, nak tak nak, terpaksa sokong biru walau hati tidak merelakan. Pantang bagi sang ayah andai ada antara anak-anaknya yang kutuk pemimpin puak biru.


Rasa nak tergelak juga bila dengar luahan si anak tentang sikap obsess ayahnya terhadap puak biru ni.
Pendapat saya, sebagai ayah, sewajarnya dia memahami anak-anaknya. Anak-anak sudah besar, terpulanglah pada mereka mahu sokong parti politik yang mana. Si ayah tidak boleh memaksa dengan paksaan yang pada saya agak menakutkan. Anak-anak berhak memilih parti politik mana yang mereka rasakan betul. Saya akui sistem pilihan raya Negara kita tidak telus. Kalau macam tu, undi bukanlah sesuatu yang rahsia kerana sesiapa yang bekerja dalam sektor awam, wajib sokong kerajaan. Mana keadilan dalam pilihan raya?


Pernah seorang makcik yang juga peneroka di tempat saya mengadu pada mak saya " makcik ni kalau boleh nak sokong hijau, tapi dah duduk Felda, nak buat macam mana"


Janganlah kerana tidak sama parti politik, sang ayah sanggup memutuskan tali persaudaraan. Islam tidak mengajar umatnya begitu.


Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab siasah ni. Cuma, pada saya pilihlah parti politik yang anda rasakan benar dan jujur.


Pernah seorang adik junior saya bertanya pada saya waktu dia menelefon saya baru-baru ni :" akak, akak sokong biru ke hijau?"
Saya tanya dia balik:" awak sokong apa pula?"
Jawab dia :"hijau".
Dalam hati saya,"Alhamdulillah".


Saya yakin dengan jawapannya kerana dia membuat sedikit kajian terhadap politik di Malaysia dan juga membuat perbandingan antara parti kerajaan dan juga parti pembangkang.
Kalau anda tidak mahu berat sebelah dalam memilih parti politik, nasihat saya : buatlah kajian tentang politik di Malaysia dan bandingkan. Anda akan temui jawapan.

 
Nota hamba : rumah sukan saya dari darjah 1 sehingga tingkatan 5, rumah biru dengan pelbagai nama [Nilam, Pluto, Beta, Salahuddin Al-Ayubi]. Sesuai dengan citarasa saya yang sangat suka warna biru.Walauapapun, jiwa saya hijau J. Tapi , hati saya warna merah , macam mana tu ?J senyum~

Sabtu, 2 Julai 2011

Anak –anak itu BERSIH


Dengan asma Allah yang agung dan suci

 
Moga semua hamba sentiasa dalam keadaan yang dirahmati Allah

Tersenyum-senyum saya sendirian tatkala membaca entry-entry yang lepas kerana merasakan penulisan saya terlalu kebudak-budakkan juga tidak matang. Terasa mahu memadam segala entry –entry tersebut tetapi merasakan masih ada SEDIKIT manfaat, saya tidak jadi memadamkannya.

Ah,adakah memang saya tidak matang dan nampak seperti budak-budak?

Teringat pertanyaan seorang sepupu perempuan saya yang berusia 4 tahun sewaktu menziarah keluarganya di Pasir Gudang sabtu yang lalu.

Ketika itu saya dan dia di dalam bilik. Dia meminta saya memberinya bulu tangkis, aduhai dik, manalah saya ada bulu tangkis waktu tu. Lalu, diberiNYA ilham kepada saya untuk membuat bola menggunakan kertas. Sedang saya membuat "bola", tiba-tiba dia tanya saya "akak ni budak kecik ke besar?"

Terkejut saya dengar soalan tu, rasa nak pecah perut, tetapi ditahan. Dalam hati saya "pandai jugak budak ni tanya soalan macam tu" Rasa dia sangat comel waktu dia tanya soalan tu. Terpaksa melayan dia bermain sehingga tengah malam.

Dikelilingi budak-budak kecil, saya rasa seronok. Bila melihat mereka, pasti hati terdetik, "seronok jadi budak kecik ni, dosa pun tak de, kalau mati masa kecik, confirm masuk syurga".

Kanak-kanak ni jujur, apa yang dilakukan mereka semuanya terbit daripada hati mereka sendiri.

Sayang andai di usia muda sebegini mereka tidak diajar perkara yang baik kerana waktu macam nilah, mereka senang nak menyerap apa yang mereka lihat dan dengar.

Melihat zaman moden ni, saya memerhatikan kanak –kanak yang masih muda ini diperkenalkan dengan lagu-lagu yang langsung tidak memberi apa-apa faedah, malah ada antara mereka yang boleh menyanyi lagu-lagu macam tu. Tapi, bila disuruh mengaji, alahai, payah pula nak ingat. Mereka diajar menari, berlakon dan ada juga yang menjadi model pakaian kanak-kanak.

Mungkin akan ada yang berkata "tak apalah, diorang tu kecik lagi, tak berdosa pun"

Ya, memang mereka kecil lagi, dan sewaktu kecil ini lah mereka diajar mengenai Islam.

Bagi ibu bapa yang ditarbiyah, pasti mereka sudah tahu apa yang perlu diajarkan untuk anak-anak mereka kerana mereka sangat memahami konsep anak itu sebagai amanah Allah.

Tetapi, bagaimana pula ibu bapa yang kurang mendapat didikan agama? Tepuk dada, tanya iman.

Yang menganggap anak-anak itu hanya sekadar sebagai penyeri rumahtangga.

Jangan rumahtangga hanya berseri ketika anak-anak masih kecil, tapi biarlah sehingga anak-anak sudah besar.

Serikan anak-anak dengan ilmu agama, pasti mereka akan sentiasa berseri di hati ibu ayah kerana keseriannya dirasakan di dunia dan juga di akhirat.

Allah sudah bagi kita akal, maka gunakanlah ia untuk memperkaya ilmu, iman dan amal kita .

Dan, didiklah anak-anak sebagaimana yang Rasulullah saw dah tunjukkan.

Hadis:

"Tidaklah setiap orang yang lahir melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanya yang menjadikannya yahudi, kristian ataupun majusi " [riwayat al-Bukhari]

Kanak-kanak zaman ini juga dimomokkan dengan filem-filem atau drama-drama yang berunsur tahyul yang mana mereka lebih takutkan hantu-hantu daripada TUHAN mereka. Malah, ada yang lebih mengenali jenis-jenis hantu daripada mengenali TUHAN mereka sendiri.mungkin, yang lebih parah, ada juga yang tak pernah tahu "apa ituTUHAN ?"

Sedangkan awwaluddin [ seawall-awal agama] adalah ma'rifatullah [mengenal Allah].

Saya juga sangat terkejut ada juga kanak-kanak yang tahu istilah-istilah lucah, perkara-perkara yang berlaku dalam bilik. Sepatutnya, umur sebegini tidak patut tahu perkara-perkara yang boleh merosakkan minda mereka .

Buat mereka yang masih ada adik-adik kecil, ataupun anak-anak saudara, apa lah salahnya kalau kita juga sedikit sebanyak mentarbiyah mereka. Mungkin ada antara ibu bapa kita tidak memahami apa itu tarbiyah, jadi kita yang faham inilah perlu tunjukkan pada mereka konsep tarbiyah yang sebenar. Andai ibu bapa kita sudah memperkenalkan adik-adik kita ilmu duniawi contohnya abc, 123 ataupun sebagainya, apalah salahnya kita mengajar adik-adik kita atau anak-anak saudara kita mengenai alif, ba , ta, solat dan ilmu-ilmu agama yang lain.

Saya sangat seronok bila melihat adik-adik lelaki kecil yang soleh, berkopiah, nampak comel. Dalam hati pasti terdetik "seronoknya kalau ada adik lelaki, takpun abang".

Tapi, persepsi saya segera berubah bila nampak budak-budak lelaki yang kurang ajar dan sangat tak bagus akhlaknya. Hati pasti terdetik "nasib baik,la takde adik-beradik lelaki".

Dikelilingi anak-anak kecil sangat mendamaikan kerana jiwa mereka bersih. Bersih? Perkataan bersih sangat sensitif di Malaysia saat ni J

Tidak kisahlah apa jua jantina anak-anak ini, yang penting tarbiyahlah mereka daripada kecil lagi kerana itu semua bakal membentuk jiwa mereka agar membesar menjadi anak-anak mithali. Dan juga semoga tarbiyah yang diperolehi mampu menjadi benteng kepada segala perkara mungkar.


 

Nota kaki : Saya suka kanak-kanak yang tak sombong. Lagi satu, andai kamu tiada adik-adik ataupun anak-anak saudara, sepupu yang kecil pun boleh juga untuk mentarbiyah mereka. Bagi mereka yang adik-adiknya sudah besar seperti saya, teruskan berdakwah kepada mereka dan juga ahli keluarga yang lain. Baiki diri dan serulah orang lain.
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger