Ingat, calon bukan sekadar soleh/solehah, tetapi mestilah bertanggungjawab dan saling memahami.
Hubungan dua hala perlu ada, tapi bersederhana.
(eh, gaya cakap macam ada pengalaman je)
Saya belajar dari pengalaman rumahtangga manusia lain.
Gemar memerhati, untuk dijadikan ingatan buat diri
supaya berguna satu hari nanti
saat saya bergelar isteri.
Sebab, bukan di kampus sahaja kita berdakwah , tapi sehingga akhir nafas dihembus. (biiznillah)
Bicara berkenaan Baitul Muslim, bukanlah bermakna seseorang itu jiwang atau tidak sabar nak merasai "kenikmatan" cinta selepas nikah, tetapi ada antaranya memikirkan besarnya tanggungjawab yang tersirat di sebalik kemanisan halalnya cinta.
Ada kepahitan jika baitul muslim gagal dilaksanakan dengan sebaiknya.
Ya, pelbagai perkara yang perlu ditanggung sebelum menjawabnya di sana nanti.
Sebab itu, Baitul muslim adalah sesuatu yang serius untuk dibincangkan bukan sekadar suka-suka bercerita "ada min taqdim ana" "mat tu dah terima ana".
Baru-baru ini, saya dapat satu mesej dari sahabat kesayangan saya. Dia minta saya carikan seorang muslimin untuk dijadikan zauj. Hati saya bertekad untuk menolongnya setelah membaca sms yang dikirimkan kepada saya.
Antara sebab utama dia minta segera dicarikan calon :
1. Mudah nak bergerak kerja dalam jemaah.
2. Ibu dia beri peluang untuk dia cari calon sendiri sehingga usia 25 tahun. Jika tidak, dia akan dinikahkan dengan pemuda pilihan keluarga yang tidak faham tarbiyah.
3. Bukan tidak mahu menggunakan ubm kampus. Tetapi ubm kampusnya tidak aktif dan dia tidak thiqah dengan muslimin kampusnya atas beberapa peristiwa.
Perkara yang paling mengejutkan saya, dia memberitahu , keluarganya pernah merancang majlis pernikahan tanpa pengetahuannya dan minta dia balik dengan segera untuk majlis akad nikah sedangkan orang yang mahu bernikah dengannya adalah "pemuda biru".
Persoalannya, di mana muslimin yang mahu menyelamatkan muslimat mereka?
________________________________________________________
Pesanan khas buat muslimin.
Kalian hebat berbicara "pilihlah berdasarkan agama, bukan sekadar rupa"
Tapi, bila diperhati, yang dipilih kalian, muslimatnya putih, cantik walaupun tidak aktif.
Yang aktif, tidak dipilih kerana kurang cantik, berkulit gelap.
Ada diskriminasi di situ.
Saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka punya hak.
But, there is an issue for us to ponder. Never ignore it.
Aktif atau tidak, terpulanglah. Sebab itu salah satu matlamat Baitul Muslim adalah memastikan keberlangsungan gerak kerja dakwah.
Cuma, pilihlah muslimat/ akhawat jemaah kalian.
Selamatkan mereka sebelum mereka disambar "insan-insan" yang tidak faham tarbiyah.
Kerna mereka memerlukan kalian untuk membimbing mereka.
Bukannya mereka yang akan membimbing suami mereka.
_______________________________________________________
Saya yakin, jika anda muslimat PAS, anda mahu dinikahi muslimin PAS.
Jika anda akhawat IKRAM /ISMA , anda mahu dinikahi ikhwah IKRAM/ISMA.
Jika anda serikandi KEADILAN, anda mahu dinikahi pemuda KEADILAN.
Jika anda puteri UMNO, anda mahu dinikahi pemuda UMNO.
Ke, kalau anda pemuda UMNO, tapi nak nikah dengan muslimat PAS ?
Jika kalian memang orang yang "bergerak", pemilihan calon dalam soal politik atau jemaah juga satu faktor yang penting untuk keberlangsungan baitul muslim anda.
Baitul muslim, perancangannya mestilah teliti, bukan semberono sahaja.
Ingat, pernikahan bukan sehari dua, tapi sampai syurga.
Dan, buat yang sudah melepasi fasa bertunang dan menikah, semoga berbahagia hingga ke syurga.
Buat yang sudah melepasi fasa bertunang , jaga syariat insyaALLAH ada berkat.
Buat yang belum berpunya, yakinlah dengan Dia. HikmahNYA dicari.
Nota hamba : Saya bahagia melihat sahabat-sahabat bahagia. Mohon doa untuk saya dan sahabat-sahabat yang masih belum menikah.
Ya, perancangan teliti. Jangan mengikut emosi , tapi turutkan kata hati.
Kerna hati, ia tidak pandai menipu diri.
Pesanan istimewa untuk adik-adik dan sahabat-sahabat yang membaca blog saya, kalian kenal saya baik di alam maya atau alam realiti. Karakter saya berbeza.
Doakan saya istiqamah di jalanNYA.
Kata Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man "tidak ada jaminan melainkan rahmat Allah untuk kita terus istiqamah di jalan Allah"

3 ulasan:
nak respon insyaAllah, ada satu kisah menarik...
pernah suatu kisah di zaman nabi,, habibah binti sahl, isteri kpd tsabit bin qais. Habibah mengadu untuk minta cerai dengan suaminya kepada nabi s.a.w, bukan sebab agama suaminya tak bagus. dia memuji akhlak dan agama suaminya tetapi dia taknak jadi isteri yang derhaka...
sebab keinginannya hendak bercerai dengan tsabit ialah faktor rupa paras dan fizikal tsabit yang hitam kulitnya, kurus kering tidak berisi, dan agak jelek (mungkin tidak berapa hensem)wajahnya...
habibah mungkin wanita cantik dan berpotensi juga baik akhlaknya.dia juga membicara tentang hak keinginan yang layak diperoleh (baginya). perkara ini tak tercela.
habibah memilih utk bertaqwa dan takut untuk bermaksiat (tidak taat) kpd suaminya atas faktor fizikal suaminya. maka ia termasuk dalam hak yang dibolehkan dia peroleh (walaupun kisah ini jadi selepas beliau berkahwin).
lalu rasulallah bersabda kpd tsabit, "ambil kembali kebun dan talak isterimu satu kali" (talak wajib sbb suruhan nabi)
sumberkisah(mafhumnya): riwayat imam bukhari, dsampaikan oleh ibnu abbas.
yet the issue is still something to ponder.. sebenarnya manusia dia ada naluri dan penilaian tersendiri (individual) terhadap kecantikan yg sememangnya subjektif. bukan semua lelaki anggap yang kulit gelap itu tidak cantik or vice verce. begitu juge muslimat juga ada hak untuk memilih kpd siapa yg mahu dia taat melalui pemilihannya segi mana yg dilihat dan dimahukan selepas faktor agama. sama ada harta ke, wajah ke peribadi, kepimpinan, pendiam,muka macam 'aigoo korea' dsb~
pemilihan bait muslim untuk kperluan mgikut maqasid, kesesuaian untuk taat tunai printah allah dan tanggungjawab then barulah kpd pengislahan ummah.
boleh jadi yg aktif dpt melengkapkan yg tak aktif (ber-bm)
yg aktif ber-bm dgn yg sama aktif (ni bagus) boleh melengkapkan sahabat yg laki bini tak aktif sunyi sepi.
apapun. jadilah yang menyejukkan mata, kerana yg cantik tidak semestinya menyejukkan mata, tetapi yang menyejukkan mata pastinya cantik. ^_^
dan sahabiah2 mmg menyejukkan mata belaka..
teruskan menulis. seeru 'ala barakatillah,,,
skadar prkongsian wallah'alam.
Alhamdulillah.
Rasa diri diketuk.
Ibrah dari kisah sahabat boleh jadi pedoman.
Subhanallah.
memang wujud wanita yang memilih. tetapi berbanding lelaki, lelaki lebih "memilih".
Hakiatnya, lelaki itu imam, wanita itu makmum.
pemilihan Imam perlu lebih teliti, tetapi perlu diingat juga..antara hak bapa kepada anak, mencari ibu y solehah untuknya
:)
saling mendukung antara satu sama lain, itu y terbaik!
Yup betui dah tuu. Agama dulu. Faktor kdua lain terpulang dan subjektif. Moga dpermudah urusan ustazahh.. ala barktillh
Catat Ulasan