Pesanan isteri Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."
Hati kalian telah dimiliki oleh insan yang bergelar suami, pemilik hati sebenar setelah Allah dan Rasul. Maka, layaklah kalian untuk berbahagia bersama insan yang telah ditakdirkan Allah sebagai belahan jiwa kalian.Moga hubungan yang dibina atas dasar cinta kepada Allah ini berkekalan hingga ke syurga.
Pemilik hati setelah Allah dan rasul itu ialah seorang lelaki yang telah sah menjadi suami.Jaga hati baik-baik, ya sahabat!
"Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya & ringan pula maharnya..."
Nota hamba :
1] Tahniah buat sahabat sewaktu di SMKA yang telah bergelar ummi, Zakiah dan zauj, Fahmy atas kelahiran mujahid sulung mereka, Muhammad Umar Al-Farouq. Menanti Puan Che Ku Asma pula untuk bergelar ummi. Mereka wakil batch saya di SMKA tahun 2007 yang telah pun berbaitul muslim.
2] Tahniah juga buat dua orang teman sewaktu Tingkatan 3 yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Nampak diam, tapi diam-diam berisi. Betul tak Puan Ainur Insyirah dan Puan Aziela Jamion? Yang ni, wakil batch saya sewaktu Tingkatan 3, tahun 2005.
3] Barakallahuma buat dua orang sahabat sebatch saya yang sama-sama ditarbiyah, Puan Amyra Ramlan dan bakal menyusul Cik Siti Zulaikha Abdul Halim untuk Baitul Muslim yang dibina. Moga Allah meredhai kalian dan terus istiqamah. [ Nak anak sedara, tau :)]
4]Buat yang belum bernikah tu, terus berdoa ya!
5]Dapat rasa aura gembira sahabat yang mahu bernikah bila melihatkan persediaan yang sedang dilakukan . Beli buku-buku berkenaan rumahtangga, dan barang-barang seorang isteri untuk suami. Bergenang air matanya bila terkenangkan ketiadaan sahabat-sahabat sewaktu akad nikah nanti.
"Uda yakin, dia dapat jaga wa dengan baik dan dapat terima wa apa adanya"
Pertama kali saya pandang wajahnya dulu, terdetik di hati " siapalah yang jadi suami dia, kan? bertuah sungguh!" [saya muslimat ke muslimin ek?]
credit lagu Zulfan- Permaisuriku dan Seri Hati.
p/s : Buat zauj sahabat-sahabat saya, tolong jaga mereka baik-baik ya!
h.a.m.b.a
19 Oktober 2012 M
3 Zulhijjah 1433 H
Atas bumi, bawah langit Ilahi

0 ulasan:
Catat Ulasan