Dengan nama Allah yang Maha mengasihani hambaNYA
Sebelum menjadi terlalu sibuk, saya nak update blog ini.
Kali ini berkenaan Baitul Muslim
Rasa teruja, tak?
Saya bukan dalam mood jiwang, tetapi titipan ini saya jumpa dalam satu makalah di Surau Farabi. [surau kesukaan saya]
Saya tahu, semua orang seronok bila berbicara soal nikah ni. Tidak kira,lah mereka yang terlibat dengan kegiatan dakwah atau tidak. Cumanya, baitul muslim ini lebih selalu kita dengar daripada kalangan mereka yang terlibat dengan dakwah dan juga jemaah. Tidak kiralah jemaah PAS, JIM, IKRAM, ISMA, HIZBUT TAHRIR, banyak lagi tak lupa juga UMNO.~erk~
Kalau berkumpul sesama sendiri, isu ni pasti jadi isu wajib. Betul atau tidak, kalian sendiri yang tahu, baik muslimin atau muslimat, ikhwah atau akhawat.
Mereka yang terlibat dalam jalan dakwah ini pasti ada matlamatnya sendiri dalam perkahwinan, Matlamat untuk Islam. Bukannya nikah sekadar untuk suka-suka.
Saya tujukan titipan ini buat mereka yang bakal bergelar zaujah [seandainya saya seorang lelaki]
Saya tujukan titipan ini buat sahabiah saya yang bakal bergelar zaujah
Sila hayatinya kerana Allah, kalian akan nampak apa tujuan berbaitul muslim. Bukan suka-suka, bahkan penuh dengan AMANAH. Baik suami atau isteri, dua-duanya ANUGERAH, tetapi yang lebih penting itu satu AMANAH!
-----------------------------------------------------------------------------------
بسم الله الرحمن الرحيم
Selawat serta salam buat Rasulullah saw dan seluruh ahli keluarga serta sahabat baginda
Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNYA sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam . Walau apapun yang kita lakukan,dasarilah ia dengan memohon keredhaaNYA supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan.
Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon sekufu buatku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaALLAH. kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNYA, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadat hajat dan istikharahku selama ini. tanpa jemu walau pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNYA kepada kita. hijab itu membolehkan aku dan engkau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan nur keimanan yang malap.
Calon zaujahku yang dirahmati,
Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara : hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu. bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan islam dengan mengesakan Allah.
Calon zaujahku yang telah dijanjikannya,
"kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain(wanita) , dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka" [An-Nisaa:34]
Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu hinggakan Allah menukilkan pesananNYA dalam satu surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.
Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan pemata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi,aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman .itulah panduanNYA, Kalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.
Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang rasul, seorang nabi, seorang abid, seorang pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka. Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu. hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Bantulah aku dalam menakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyah. Bakal isteriku yang dirahmati, titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak akan berakhir. seperti doaku padaNYA, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNYA yang dirindui. insyaALLAH
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNYA moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNYA walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi. Dunia sudah terlalu tuda, ia hanya menanti masa.
[Al-faqir ilallah]
Nota Hamba : saya menjiwai titipan ini sebagai seorang lelaki. kebetulan, sambil menaip entry ini, lagu yang sedang dimainkan di laptop saya adalah lagu Istikharah -Mestica.
Secara jujurnya, saya kurang berminat untuk berbicara soal ini, tapi kalau sahabat-sahabat borak pasal ni, saya join sahaja.:)
Secara jujurnya, saya kurang berminat untuk berbicara soal ini, tapi kalau sahabat-sahabat borak pasal ni, saya join sahaja.:)

1 ulasan:
suka entri ni. hurmm. semoga dapat menjadi isteri solehah kepada lelaki yang telah Allah ciptakan utk sy. dpt memenuhi dan saling melengkapi kekurangan ini. dan harap cnta itu bermatlamatkan Allah sbg tunjang perkahwinan.
Catat Ulasan