Jumaat, 8 Julai 2011

Kena Ugut




Pernah kena ugut tak?
"Kalau kau bagitau cikgu, siaplah kau balik sekolah nanti"
"Kalau kau tak bayar hutang dalam masa 3 hari, aku belasah kau"
Begitulah biasanya ayat-ayat ugutan.
Saya tak pernah kena ugut, mungkin ada tapi, lupa.


Kena pow pernahlah. Waktu tu, saya berada di tingkatan 2.
Ketika sedang membuang "mucus" yang berwarna hijau dalam di sinki, saya didatangi seorang minah samseng .
"Eh, kau buang hingus ea?" . Dalam hati saya "Direct giler budak ni tanya". Saya mengangguk.
"Kau selesema ke?" . Dalam hati saya "La, dah nampak, tanya lagi. Saya mengangguk lagi.
"Wei, minta 20 sen ". Ah,sudah. Kecut perut saya walaupun dia hanya meminta 20 sen.
Saya tak ingat sama ada saya ada duit atau tidak waktu tu.
Baru nak seluk kocek saya, kemudian, seorang kawan minah samseng tu datang.
"Eh, kau jangan pow dia la.Dia ni kawan azarina "


Fuh! Alhamdulillah, Allah selamatkan. Azarina , teman saya sejak sekolah tabika juga kawan kepada minah samseng tadi. Tapi, dia tak samseng.
Bila ingat balik cerita tu, saya senyum. "20 sen je? Lain kali minta la lebih sikit " J
Itu cerita lama. Titik. Jom dengar cerita baru!


Hampir 3 bulan di rumah, banyak sekali rasanya perkara yang dapat dipelajari, walaupun terkadang rasa bosan bertandang.


Suatu ketika pernah saya dan adik bersembang-sembang di waktu petang. Ada satu cerita yang adik saya sampaikan yang menyebabkan saya berfikir panjang. Mengenai sebuah keluarga jiran. Bukan niat saya untuk memburukkan tetapi saya ingin mengajak kamu semua berfikir. Bukan sekadar membaca tetapi mencari ibrah di sebalik cerita ini.


Cerita 1 :
Kata si suami :" kalau awak pakai tudung, saya ceraikan awak "
Maka, si isteri yang taat ni pun sanggup menayangkan rambutnya dek kerana takut diceraikan si suami tadi.
Allahurabbi, waktu saya dengar cerita ni, terlintas dalam fikiran saya "ada juga suami yang macam ni"
Memang benar, saya akui, ada sesetengah lelaki baik suami atau bapa yang tidak gemar melihat isteri atau anak-anaknya menutup aurat. Lelaki sebegini dayus.


Kasihan saya pada sang isteri. Kerana "sayangkan suami ", rela melanggar perintah Allah . kerana takut diceraikan, sanggup menjadi pak turut pada sang suami yang pada saya tidak berhati perut.
Kalau benar si suami sayangkan si isteri, pasti dia tidak merelakan kecantikan isterinya dipamerkan pada lelaki lain. Kalau benar si suami cintakan isteri, pasti dia tidak sanggup melihat isterinya dibakar dalam neraka kelak. Dan sudah pasti dia tidak mahu menanggung dosa isterinya lantaran dosa diri sendiri juga sudah tidak tertanggung.


Namun sayang, si isteri tertipu dengan kecintaan suami. Si suami hanya mencintainya atas dasar kecantikan bukan agama. Mahu menikmati hidup bersama si isteri di dunia sahaja, sedangkan si isteri berharap agar suaminya di dunia jugalah yang menjadi bidadara syurganya kelak.


Saya tidak mengenali jiran yang diceritakan oleh adik saya ini kerana jarang balik ke rumah. Tapi, hati saya sedih tatkala mendengar cerita ini. Kasihan si isteri ini. Sewajarnya, dia patut takut pada seksaan ALLAH kerana tidak patuh pada perintah ALLAH. Sepatutnya, dia mencari redha ALLAH dengan marahnya manusia. Dia tidak akan digelar nusyuz kerana si suami mengarahkan dirinya untuk melanggar perintah ALLAH. hanya doa yang mampu kita semua tembakkan untuk dia sekeluarga.


Ingatlah :
لا طاعة بمخلوق في معصية الله
"Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Allah"


Cerita 2 :
J saya rasa cerita ni pun agak bahaya juga.
Kata sang ayah: "kalau ada sape-sape yang pangkah hijau, buang nama aku kat belakang nama korang"
Maksdunya, jangan ber bin/ binti kan nama si ayah tadi.


Fuh! pertama kali dengar cerita ni daripada mulut si anak sendiri, terkejut saya. Betapa ayahnya terlalu obsess dengan puak biru. Anak-anak pula majoriti sokong puak hijau. Jadi, nak tak nak, terpaksa sokong biru walau hati tidak merelakan. Pantang bagi sang ayah andai ada antara anak-anaknya yang kutuk pemimpin puak biru.


Rasa nak tergelak juga bila dengar luahan si anak tentang sikap obsess ayahnya terhadap puak biru ni.
Pendapat saya, sebagai ayah, sewajarnya dia memahami anak-anaknya. Anak-anak sudah besar, terpulanglah pada mereka mahu sokong parti politik yang mana. Si ayah tidak boleh memaksa dengan paksaan yang pada saya agak menakutkan. Anak-anak berhak memilih parti politik mana yang mereka rasakan betul. Saya akui sistem pilihan raya Negara kita tidak telus. Kalau macam tu, undi bukanlah sesuatu yang rahsia kerana sesiapa yang bekerja dalam sektor awam, wajib sokong kerajaan. Mana keadilan dalam pilihan raya?


Pernah seorang makcik yang juga peneroka di tempat saya mengadu pada mak saya " makcik ni kalau boleh nak sokong hijau, tapi dah duduk Felda, nak buat macam mana"


Janganlah kerana tidak sama parti politik, sang ayah sanggup memutuskan tali persaudaraan. Islam tidak mengajar umatnya begitu.


Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab siasah ni. Cuma, pada saya pilihlah parti politik yang anda rasakan benar dan jujur.


Pernah seorang adik junior saya bertanya pada saya waktu dia menelefon saya baru-baru ni :" akak, akak sokong biru ke hijau?"
Saya tanya dia balik:" awak sokong apa pula?"
Jawab dia :"hijau".
Dalam hati saya,"Alhamdulillah".


Saya yakin dengan jawapannya kerana dia membuat sedikit kajian terhadap politik di Malaysia dan juga membuat perbandingan antara parti kerajaan dan juga parti pembangkang.
Kalau anda tidak mahu berat sebelah dalam memilih parti politik, nasihat saya : buatlah kajian tentang politik di Malaysia dan bandingkan. Anda akan temui jawapan.

 
Nota hamba : rumah sukan saya dari darjah 1 sehingga tingkatan 5, rumah biru dengan pelbagai nama [Nilam, Pluto, Beta, Salahuddin Al-Ayubi]. Sesuai dengan citarasa saya yang sangat suka warna biru.Walauapapun, jiwa saya hijau J. Tapi , hati saya warna merah , macam mana tu ?J senyum~

1 ulasan:

ateh28142 berkata...

sukeee :) as usual :) im smiling while typing this ude :)

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger