Isnin, 11 April 2011

Menambah Tapi Tak Menolak

I'm trying to write in English.
Just at the beginning of this entry.
I've one story for you to read.
Just analogy. Enjoy it and think about it .
Before I start, let's say In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful.

Kisah Pak Imam dan Seorang Ma'mum

Satu hari,sewaktu Pak Ali (nama watak sahaja) nak berwudhu' menggunakan air kolah, dia terlihat ada tahi kucing dalam kolah. Dia pun tak jadi nak berwudhu' sebab rasa tak yakin nak guna air kolah tu. Dia pun pergi berjumpa dengan Pak Imam.

Pak Ali : Tok,dalam kolah tu ada tahi kucing. macam mana nak ambil wudhu' ni?

Pak Imam : Tambahkan air, Pak Ali

Pak Ali pun pergilah tambah air.Tapi bau tahi kucing tetap tak hilang. Dia pun jumpa semula Pak Imam.

Pak Ali : Tok,dah 3 kali saya tambah air. Tapi tak hilang-hilang baunya.

Pak Imam : Pelik ni.Pak Ali buang tak tahi kucing tu?

Pak Ali : Hehe, tak buang tok.

Pak Imam: La, patutlah tak hilang baunya. Dalam hati pak imam ( takkanlah buang tahi kucing pun aku nak   ajar)

Agak-agak pembaca, apa yang saya nak sampaikan melalui cerita ni?
Cerita ni saya dengar daripada seorang pelajar sewaktu slot tazkirah di Musolla Farabi.

Macam ni sebenarnya:

Kita selalu bercerita tentang cinta ALLAH. Ya, hakikatnya kita semua ingin mencintai ALLAH sebagaimana ahli-ahli sufi mencintai ALLAH. Tapi, dalam kita berusaha mencintai ALLAH, kita tak pernah berusaha untuk zuhud terhadap dunia. Cinta ALLAH kita kejar, cinta dunia pun kuat di hati kita. Masakanlah dua cinta yang sangat kontra itu boleh bersatu di hati yang cuma satu itu?

Begitulah analoginya. Air yang ditambah oleh Pak Ali itu diibaratkan sebagai usaha-usaha kita untuk mencintai Allah, manakala Pak Ali itu adalah kita sendiri. Tahi kucing itu ibarat dunia dan bau tahi kucing itu pula, perkara-perkara dunia yang melekat di hati kita tanpa ada usaha untuk kita membuangnya.

Itulah diri kita yang mengaku hamba. Berusaha mencintai Allah dengan memperbanyakkan amalan: tahajud, baca alquran, berpuasa dan sebagainya tetapi dunia masih terpahat di hati. Sedangkan sepatutnya dalam kita berusaha meraih cinta ALLAH, buanglah sedikit demi sedikit karat dunia yang ada di hati. Ambillah mana yang perlu sahaja di dunia ini. Bersifat zuhud. Macam aulia dan para sufi. Mereka bukan menolak dunia sepenuhnya, bahkan hanya mengambil yang perlu sahaja dan menjadikan dunia ni sebagai tempat memperbanyakkan amalan sebagai bekalan ke sana tanpa sedikit pun terpesona dengan keindahan dunia yang penuh tipu daya.

Itu sahaja untuk kali ini.
Ada cerita, saya kongsi lagi ye.
Satu analogi yang Allah ilhamkan pada saya semalam.
Nak tahu?
Tunggu.
Ada kesempatan, saya kongsikan. insya ALLAH

p/s: Baru beli satu buku yang bertajuk Rahsia Mayat Hidup Semula semalam. Segalanya berkaitan kematian.
satu hari,kita akan pergi menghadapNYA.
Bila?
Di mana?
Bagaimana?
Jangan ditanya kerana saya juga tidak punya jawapannya.
Yang penting, bersiap sedialah menjadi pengantin pada malam pertama dengan berbusana putih di alam rumahtangga kegelapan.
Pasangan kita ketika itu, hanya salah satu : sama ada lelaki kacak( amalan baik) atau lelaki hodoh (amalan buruk)

You made a choice!

3 ulasan:

Hazmi Al-Wafi berkata...

Kadang-kadang kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah,mengabdikan diri kepadanya,tetapi ada juga maksiat yang terus menerus kita lakukan.. Hasilnya,maksiat itu tetap memberi kesan yg buruk.. Rasa terpukul membaca post ini.. Konngsikan lagi kisah2 yg memberi manfaat,moga dapat diri ini bermuhasabah.

i.n.s.a.n berkata...

tersenyum apabila mendengar cerita pak ali..serius klakar!! tapi sarat dgn dakwah dan hikmah..

astarghfirullah..hina hidup ini dirasakan,dikejar2 cinta Allah..brcakap tntg cinta Allah,mulut rancak menyeru manusia agar mencintai Allah,di pamerkan rase cinta itu di laman2 sosial..tapi hakikat diri ini penuh dengan kepalsuan..

mana mungkin air menjadi jernih andai kotoran tdk dibersihkan..malah air yg kotor itu terus kotor..hingga memudharatkan diri dan insan2 lain..

Ya Allah..hipokritkah aku?

terime kaseh utk nasihat2 berguna ini..kata2 yg cukup menyentuh hati..terutamanya hati yg sedar bahawa hatinya sedang sakit menderita..

Ummu Syaheed berkata...

afwan segalanya saya pulangkan pada ALLAH

syukraan kerana sudi memberi komen

astaghfirullah..

moga hati saya bersih dr segala ria'

sungguh pertama kali dengar cerita itu, saya juga terfikir benar juga...

tazkirah yng disampaikan oleh seorang muslimin tabligh di unisza...

berkata dr hati akan masuk ke dalam hati juga

wallahua'lam

 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger