Kali ini saya diberi kesempatan untuk menulis lagi,cuma artikel kali ini bukanlah tulisan saya, saya cuma ambil daripada HARIAN METRO ruangan Ustaz Zawawi Mohd Yusoh. Artikel ini berkenaan ganggan syaitan dalam solat.Bila saya baca, memang saya akui semua jenis gangguan itu pernah saya hadapi..saya rasa anda juga begitu..sesungguhnya syaitan itu akan sentiasa mengganggu kita setiap saat sehinggalah hari kiamat nanti.
Firman ALLAH:
" sungguh syaitan itu musuh bagi kamu,maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"(fatir:6)
Subhanallah,ayat ini jelas sekali menunjukkan kelicikan makhluk ALLAH yang bernama syaitan yang berjanji akan menyesatkan anak ADAM setiap saat tanpa dia leka semata-mata untuk meramaikan penghuni neraka. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan itu. Dan ALLAH juga menegaskan lakukan syaitan seperti musuh bukannya teman.
Berikut 10 gangguan syaitan ketika solat:
1.Berasa was-was ketika melakukan takbiratulihram
Saat membaca takbiratulihram,seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukan itu sah atau tidak.Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir.Perasaan itu berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.Ibnu Qayyim berkata:termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci(berwuduk) dan niat atau saat takbiratuihram dalam solat. Was-was itu membuat mereka terseksa.
2.Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat
Uthman Abil'ash datang mengadu kepada Rasulullah:"wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah".Rasulullah menjawab:"itulah syaitan yang disebut dengan KHINZIB. Apabila kamu merasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri 3 kali dan berlindunglah kepada ALLAH.Aku pun melakukan hal itu dan ALLAH menghilangkan gangguan itu daripada aku".
3. Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan
Abu Hurairah berkata: sesungguhnya Rasulullah bersabda:"jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda mereka sampai tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. apabila kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud sahwi saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
4.Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda:"apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan lari terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. apabila muazzin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari.apabila selesai iqamat dia kembali lagi. ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya" ingatlah apa yang kamu tidak ingat!"sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat".
5.Tergesa-gesa menyelesaikan solat
Ibnu Qayyim berkata:"sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hari, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. tidak ada ketenangan atau thama'ninah.
Pada zaman Rasullullah, ada orang yang solat tergesa-gesa, akhirnya Rasulullah memerintahkan untuk mengulanginya kerana solat yang dikerjakan belum sah.Rasulullah bersabda kepadanya:"apabila kamu solat,bertakbirlah.lalu bacalah daripadamu alquran yang mudah bagimu,lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk,lalu bangkitlah sampai kamu tegak berdiri.kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
6.Melakukan gerakan yang tidak perlu
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahhud.ia membolak-balikkannya.Melihat hal itu,Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat,"jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan.tapi kerjakan seperti apa yang Rasulullah kerjakan.Orang itu bertanya,"apa yang dikerjakan Rasulullah?" kemudian ibnu umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud."demikianlah saya melihat apa yang Rasulullah lakukan,"kata Ibnu Umar.
7.Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat
Sedar atau tidak,jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda.Kerana itu selepas takbiratulihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud.Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah:"apakah hukum melihat ketika solat?" Rasulullah menjawab:"itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
8. Menguap dan mengantuk
Rasulullah bersabda:"menguap ketika solat itu daripada syaitan.kerana itu,apabila kamu ingin menguap,tahanlah". Rasulullah bersabda lagi:"ada pun menguap itu datangnya dari syaitan,hendaklah seseorang mencegahnya selagi boleh,apabila ia berkata ha.....bererti syaitan tertawa dalam mulutnya".
9.Bersin berulang kali ketika solat
Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin seperti yang dikatakan Abdullah Ibnu Mas'ud:"menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan".Ibnu Mas'ud berkata:"bersin yang tidak disenangi ALLAH adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi ALLAH.Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara".
10.Terasa ingin buang air atau angin
Rasulullah bersabda:"apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak,janganlah sesekali ia keluar masjid sampai ia yakin mendengar suara(keluarnya angin)atau mencium baunya".
Berbahagialah orang muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan ALLAH daripada syaitan laknatullah. bagi yang berasakan gangguan itu,sebahagian atau keseluruhan, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.
Daripada saya " SELAMAT BERJIHAD MELAWAN NAFSU DAN MENENTANG SYAITAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN TERUTAMANYA SOLAT"
Moga-moga perkongsian kali ini dapat membantu anda dan saya memperbaiki kualiti solat kerana ramai orang suka meningkatkan kuantiti solat, tapi jarang sekali yang ingin meningkatkan kualiti solat.wallahu'alam
0 ulasan:
Catat Ulasan