Dengan nama Allah
yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
Selawat & Salam buat Rasulullah saw,
keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya
Rindu mahu menulis sebenarnya, Cuma masa tidak
menigizinkan hati juga belum bersedia.
Saya nak jadi tukang cerita sahaja hari ini.
Sudah 6 minggu saya berpraktikal di kilang Rikevita. Ada 9
minggu lagi. Masa, cepatlah berlalu. Benar, penantian itu satu penyeksaan.
Dan, rupa-rupanya hampir 6 minggu saya di sini, cerita
berkenaan saya memakai “samping” masih belum reda.
kata-kata Saad Ibn Waqqas
Kisah 1 :
Baru-baru ini, saya memakai baju labuh Fakulti Teknologi Makanan
“ foodtech heroines” . Warnanya, biru gelap. Usai sahaja punch card,
saya ditegur pakcik yang suka menyakat saya “ aik, hari ni awak pakai samping
sekolah agama pulak ye. Awak banyak baju macam ni ea ?”. Saya hanya tersenyum
dan mengangguk.
Kisah 2 :
Dan saya ingat lagi sewaktu di EMA department di
bahagian packing line. Waktu tu, kami menunggu staff di sana untuk memberi
briefing kepada kami. Saya dan
seorang lagi kawan duduk mengelilingi meja bulat bersama beberapa orang staff
di EMA.
Biasalah, bila ada orang baru je, banyaklah soalan-soalan
cepumas yang ditanya.
Dan tiba-tiba ada seorang abang tanya saya “ Awak ea yang
pakai samping?”
Kawan dia menyampuk “ Tak baik kau cakap macam tu, kesian
dia.”
Abang tu jawab “ Baik aku tanya direct dari diorang
cakap belakang-belakang”.
Saya terkedu mendengar jawapan abang tu. Dalam hati “ oh, rupanya
isu ‘samping’ ni tak habis lagi, padahal dah lama kot aku praktikal kat sini. “
Baru saya tahu selama ini, orang masih bercakap mengenai
pemakaian saya.
Kisah 3 :
Sewaktu sedang melakukan proses menghantar surat yang telah
difaks kepada kilang-kilang berkenaan, seorang abang di bahagian PA menegur
saya .
“ Awak pakai samping ke baju ?”
“Saya pakai baju, bukan samping.”
“Baju awak semua labuh-labuh ea?”
“Haah, baju saya semua macam ni.”
“Kenapa awak pakai baju labuh?”
“Sebab saya rasa selamat.”
“Selamat ?” . Dia pelik dengan jawapan saya.
Saya hanya tersenyum. Dan dia meneruskan sesi soal jawab bersama saya. [soalannya rahsia]. :)
Kisah 4 :
Di EP department, department di mana saya ditempatkan
untuk melakukan tugasan harian di situ.
Sedang membuat labeling printing, kakak yang duduk
bersebelahan saya tanya.
“ Kau memang banyak ea baju macam ni?”
“Haah, baju saya semua macam ni.”
“Baju ni beli kat mana ?”
“Beli dekat u. yang saya pakai ni, baju fakulti.”
“Semua orang beli ke?”
“Eh, taklah…sape yang order je.”
Kisah 5 :
Sewaktu saya masuk di bahagian PA, dan mahu bertanyakan
sesuatu kepada staff di situ.
“ Cik Din, surat ni nak letak kat mane ea?”
“Bagi saya je. “
Dan dia baru tersedar yang sedang bercakap dengan dia tu “budak
samping”.
“Eh, kau rupanya. Yang pakai samping tu ea…”
Saya senyum sahaja. Dah lali barangkali.
Belum sempat dia bertanya lanjut, saya cepat-cepat keluar
daripada pejabat dan terdengar dia memanggil nama saya, tetapi nama yang
dipanggil tu salah. Saya dengar dia tanya seorang lagi staff kat situ “Eh, nama
dia apa?”
Dalam hati saya, “Tadi panggil aku samping, bila aku dah
keluar baru nak panggil nama aku. Nama aku pun dia tak tau.” Saya buat tak
dengar je bila dia cuba memanggil nama saya walaupun nama tu salah. Jahat, kan
saya :)
Ok, cerita dah tamat.
Setiap hari, saya berhadapan dengan ramai orang. Memang benar,
lah banyak orang, banyak pula ragamnya. Dan, zaman kerja memang zaman yang
mencabar. Saya sudah mendengar banyak cerita-cerita staff di sana berdasarkan
pengalaman mereka.
Fizikal dan mental mesti kuat kalau mahu bertahan. Kita baik
pun, ada orang tak suka. Kalau jahat, berganda-gandalah orang benci kat kita. Itulah
yang selalu saya dengar.
Bukan mudah memuaskan hati semua orang. Dan bukan mudah bila
kita bekerja dengan staff lama yang kaya dengan pengalaman dan orang baru yang
tak tahu apa-apa walaupun ada ijazah.
Saya hargai setiap pengalaman yang saya dapat di sini kerana
pengalaman itu satu perkara yang sangat berharga.
Nota hamba : Moga saya tidak membawa fitnah pada Islam. Banyak
yang mahu diceritakan sebenarnya, tapi tidak mengapalah, biarlah rahsia.
Tolong doakan saya kuat untuk bertahan 9 minggu lagi.
h.a.m.b.a
31 Mac 2012M
8 Jamadilawwal 1433H
Selatan tanah air
.jpg)


