Ahad, 1 Mei 2011

.........الله


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH yang Maha Agung


Aku tidak tahu apa

Yang aku tahu hanyalah Allah

Aku tidak ingin apa-apa

Yang aku ingin hanya Allah

Aku tidak mencintai sesiapa

yang ku cintai hanyalah Allah

Aku tidak bahagia walau dengan siapa atau bagaimana

bahagia hanya bersama Allah

Allah, Allah, Allah

Hanya Dia yang ku tahu, ku ingini, ku cintai

Peduli apa pada yang lain

Mereka tidak tahu dan tidak mengerti

Oh! Betapa Keajaiban dan KebesaranMu


sajak asal di sini

p/s : ya ALLAH, kurniakanlah kami cintaMU hingga tiada satu nama pun di hati kami melainkan namaMU
sesungguhnya cinta ALLAH itu yang paling mendamaikan.
Teruskan menggali cintaNYA walaupun seringkali tersungkur
kerana hanya yang benar-benar layak sahaja yang mampu merasai manisnya cinta itu.
pesan buat diri yang lemah ini.

Rabu, 27 April 2011

Adakah kamu mencintai.....?

السلام عليكم

In the name of ALLAH Most Gracious and  Most Merciful

Hello readers...
How's life going on?
Hope all of u are in pink of health
I'm still in examination mood.

My blog is still under construction

But, don't worry about that
Let's me tell you one story
Enjoy it!


Sewaktu masih kecil, Hussein, cucu kesayangan Rasulullah saw bertanya kepada ayahnya, “adakah kamu mencintai ALLAH?”
Ali r.a menjawab, “ya.”
Lalu, Hussein bertanya lagi,”adakah kamu mencintai datuk dari ibuku?”
Hussein bertanya lagi,” adakah kamu mencintai ibuku?”
Lagi, Ali menjawab,”ya “
Hussein bertanya lagi,” adakah kamu mencintaiku?”
Ali menjawab,” ya.”
Terakhir, Hussein yang masih budak itu bertanya ,” Ayahku, bagaimana kamu menyatukan begitu banyak cinta di hatimu?”
Ali menjawab,” Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada datuk dari ibumu (Rasulullah saw), ibumu (Fatimah r.a) dan pada kamu sendiri adalah kerana cinta pada ALLAH. Sebabnya semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta pada ALLAH swt.”
Setelah mendengar jawapan dari ayahnya, Hussein tersenyum memahami.


Itu Saidina Ali.
Bagaimana dengan diri kita?
Begitu banyak cinta dalam diri kita tetapi kebanyakan cinta itu berlandaskan nafsu

Cinta pada ALLAH, bukan lagi cinta yang utama

Mengaku cinta ALLAH, tapi namaNYA dibiar sepi di hati malah nama insani yang memenuhi 

Oh, Allah.
Bantulah kami untuk mencintaiMU melebihi dunia dan segala isinya

Cinta Allah tiada tandingan
Tapi, berapa ramaikah yang merasai cinta itu?

Moga kita juga terpilih untuk menjadi kekasih Allah walau diri penuh kehinaan.

Wallahua'lam

Isnin, 11 April 2011

Menambah Tapi Tak Menolak

I'm trying to write in English.
Just at the beginning of this entry.
I've one story for you to read.
Just analogy. Enjoy it and think about it .
Before I start, let's say In the name of Allah, Most Gracious and Most Merciful.

Kisah Pak Imam dan Seorang Ma'mum

Satu hari,sewaktu Pak Ali (nama watak sahaja) nak berwudhu' menggunakan air kolah, dia terlihat ada tahi kucing dalam kolah. Dia pun tak jadi nak berwudhu' sebab rasa tak yakin nak guna air kolah tu. Dia pun pergi berjumpa dengan Pak Imam.

Pak Ali : Tok,dalam kolah tu ada tahi kucing. macam mana nak ambil wudhu' ni?

Pak Imam : Tambahkan air, Pak Ali

Pak Ali pun pergilah tambah air.Tapi bau tahi kucing tetap tak hilang. Dia pun jumpa semula Pak Imam.

Pak Ali : Tok,dah 3 kali saya tambah air. Tapi tak hilang-hilang baunya.

Pak Imam : Pelik ni.Pak Ali buang tak tahi kucing tu?

Pak Ali : Hehe, tak buang tok.

Pak Imam: La, patutlah tak hilang baunya. Dalam hati pak imam ( takkanlah buang tahi kucing pun aku nak   ajar)

Agak-agak pembaca, apa yang saya nak sampaikan melalui cerita ni?
Cerita ni saya dengar daripada seorang pelajar sewaktu slot tazkirah di Musolla Farabi.

Macam ni sebenarnya:

Kita selalu bercerita tentang cinta ALLAH. Ya, hakikatnya kita semua ingin mencintai ALLAH sebagaimana ahli-ahli sufi mencintai ALLAH. Tapi, dalam kita berusaha mencintai ALLAH, kita tak pernah berusaha untuk zuhud terhadap dunia. Cinta ALLAH kita kejar, cinta dunia pun kuat di hati kita. Masakanlah dua cinta yang sangat kontra itu boleh bersatu di hati yang cuma satu itu?

Begitulah analoginya. Air yang ditambah oleh Pak Ali itu diibaratkan sebagai usaha-usaha kita untuk mencintai Allah, manakala Pak Ali itu adalah kita sendiri. Tahi kucing itu ibarat dunia dan bau tahi kucing itu pula, perkara-perkara dunia yang melekat di hati kita tanpa ada usaha untuk kita membuangnya.

Itulah diri kita yang mengaku hamba. Berusaha mencintai Allah dengan memperbanyakkan amalan: tahajud, baca alquran, berpuasa dan sebagainya tetapi dunia masih terpahat di hati. Sedangkan sepatutnya dalam kita berusaha meraih cinta ALLAH, buanglah sedikit demi sedikit karat dunia yang ada di hati. Ambillah mana yang perlu sahaja di dunia ini. Bersifat zuhud. Macam aulia dan para sufi. Mereka bukan menolak dunia sepenuhnya, bahkan hanya mengambil yang perlu sahaja dan menjadikan dunia ni sebagai tempat memperbanyakkan amalan sebagai bekalan ke sana tanpa sedikit pun terpesona dengan keindahan dunia yang penuh tipu daya.

Itu sahaja untuk kali ini.
Ada cerita, saya kongsi lagi ye.
Satu analogi yang Allah ilhamkan pada saya semalam.
Nak tahu?
Tunggu.
Ada kesempatan, saya kongsikan. insya ALLAH

p/s: Baru beli satu buku yang bertajuk Rahsia Mayat Hidup Semula semalam. Segalanya berkaitan kematian.
satu hari,kita akan pergi menghadapNYA.
Bila?
Di mana?
Bagaimana?
Jangan ditanya kerana saya juga tidak punya jawapannya.
Yang penting, bersiap sedialah menjadi pengantin pada malam pertama dengan berbusana putih di alam rumahtangga kegelapan.
Pasangan kita ketika itu, hanya salah satu : sama ada lelaki kacak( amalan baik) atau lelaki hodoh (amalan buruk)

You made a choice!

Sabtu, 2 April 2011

Surat Cinta Buat Jiwa


Terimalah.....

surat cinta untuk jiwa..

Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,lebih bermakna dan indah..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintak uyang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang,entah di mana keikhlasannya.Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintakuyang mulai lelah menapak jalan-Nya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..

Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku dan ruh sahabat-sahabat tercintakuyang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.Cuba lihat disana!Hatimu menangis dan meranakah?..

Surat ini ku tujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..

Surat ini ku tujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,saat tiada getar ketika asma Allah disebut,saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..

nukilan Anak-anak Sufi

Selasa, 22 Mac 2011

Aku Cuba Mencintai-MU Tuhan



Baru-baru ini ada satu diskusi buku bertajuk Imam Syafie : Penyelamat Ummah kalau tak silap saya yang disampaikan oleh Dr. Wan Yusuf. Sambil-sambil dengar diskusi, ajk-ajk Musolla Saodah mengedarkan kertas-kertas yang berisi tazkirah. Ada satu kertas yang menarik hati saya di mana ada satu sajak yang bertajuk "aku cuba mencintaiMU TUHAN".

Bila dihayati sajak itu, memang benar..begitulah kita dalam mencari cinta ALLAH.

Banyak kali tersungkur, hanya yang benar-benar kuat dan ikhlas sahaja yang mampu mencapai puncak cinta agung. Saya pesan buat diri terutamanya yang sering kali tewas dengan nafsu.

Terimalah..

aku cuba mencintaiMU TUHAN

aku cuba mencintaiMU Tuhan

hati tidak juga terasa

aku cuba berkali-kali pun

tidak terasa apa-apa jua

aku fikir-fikir nikmatMU..lihat seterusnya

aku kenag-kenangkan rahmatMU

agar nampak kemurahanMU


atas nama ilmu aku akur

namun aku belum jatuh hati juga denganMU

aku susah hati, aku sedih selalu

mengapa terjadi begini

mengapa cintaku padaMU belum berbunga lagi

sedangkan aku tahu aku akui

nikmatMU terlalu banyak padaku

jika hendak dihitung, tidak mungkin terhitung


aku iri hati selalu

cerita dan berita orang soleh zaman dahulu

hebtanya cinta mereka kepadaMU

hilang selera makan keranaMU

asyik memuja dan memujiMU

mensucikan dan membesarkanMU

terutama di waktu malam yang sepi

di waktu orang mimpi


mereka memujaMU merintih padaMU

mengharap kasih sayangMU

air mata ,mereka membasahi pipi

adakalanya menitis ke bumi


mereka merasa engkau adalah segala-galanya

engkau adalah hidup mati mereka

engkau adalah dibibir mereka

engkau adalah jantung hati mereka

tapi aku tidak begitu

aduh!keras hatiku, keras hatiku

hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku

baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah
 dan hidayahMU

bertuahlah dan berbahagialah

orang yang engkau anugerahkan kecintaan padaMU

aku bila lagikah Tuhan?

dapat sedikit pun jadilah


aku tidak akan putus asa

akan ku cuba lagi selagi ada nyawa di badan

di hujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah

wahai Tuhan al-Hannan wal Mannan


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger