Selasa, 22 Mac 2011

Aku Cuba Mencintai-MU Tuhan



Baru-baru ini ada satu diskusi buku bertajuk Imam Syafie : Penyelamat Ummah kalau tak silap saya yang disampaikan oleh Dr. Wan Yusuf. Sambil-sambil dengar diskusi, ajk-ajk Musolla Saodah mengedarkan kertas-kertas yang berisi tazkirah. Ada satu kertas yang menarik hati saya di mana ada satu sajak yang bertajuk "aku cuba mencintaiMU TUHAN".

Bila dihayati sajak itu, memang benar..begitulah kita dalam mencari cinta ALLAH.

Banyak kali tersungkur, hanya yang benar-benar kuat dan ikhlas sahaja yang mampu mencapai puncak cinta agung. Saya pesan buat diri terutamanya yang sering kali tewas dengan nafsu.

Terimalah..

aku cuba mencintaiMU TUHAN

aku cuba mencintaiMU Tuhan

hati tidak juga terasa

aku cuba berkali-kali pun

tidak terasa apa-apa jua

aku fikir-fikir nikmatMU..lihat seterusnya

aku kenag-kenangkan rahmatMU

agar nampak kemurahanMU


atas nama ilmu aku akur

namun aku belum jatuh hati juga denganMU

aku susah hati, aku sedih selalu

mengapa terjadi begini

mengapa cintaku padaMU belum berbunga lagi

sedangkan aku tahu aku akui

nikmatMU terlalu banyak padaku

jika hendak dihitung, tidak mungkin terhitung


aku iri hati selalu

cerita dan berita orang soleh zaman dahulu

hebtanya cinta mereka kepadaMU

hilang selera makan keranaMU

asyik memuja dan memujiMU

mensucikan dan membesarkanMU

terutama di waktu malam yang sepi

di waktu orang mimpi


mereka memujaMU merintih padaMU

mengharap kasih sayangMU

air mata ,mereka membasahi pipi

adakalanya menitis ke bumi


mereka merasa engkau adalah segala-galanya

engkau adalah hidup mati mereka

engkau adalah dibibir mereka

engkau adalah jantung hati mereka

tapi aku tidak begitu

aduh!keras hatiku, keras hatiku

hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku

baru aku sedar cinta padaMU adalah anugerah
 dan hidayahMU

bertuahlah dan berbahagialah

orang yang engkau anugerahkan kecintaan padaMU

aku bila lagikah Tuhan?

dapat sedikit pun jadilah


aku tidak akan putus asa

akan ku cuba lagi selagi ada nyawa di badan

di hujung hidupku kalau dapat pun sudah cukuplah

wahai Tuhan al-Hannan wal Mannan


Selasa, 15 Mac 2011

Bahtera Hamba

Dengan nama ALLAH yang Maha Agung

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus bertawajuh menghadap ilahi

Maaf, lama tak post entry. ke-bisy-an melanda

Terimalah : bahtera hamba (zulfan)





Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan

Memberanikan aku sebagai nakhoda

Di laut yang luas gelombang yang datang

Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...


Kucekalkan diriku bergapaian air mata

Meluncur bahtera ke pulau redha

Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta

Yang buar menggunung menghempas dosa...


Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani

Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu


Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini

Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri

Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan

Di taman itu jiwa bersemadi....


Jernih danau nurani bersih

berwudhu'air mata yang gugur

Menyerah diri kepada Allah

Mendamba kasih menghina diri

Syukur hamba dengan keinsafan

telah berhijrah akan diriku

Ke bawah naungan keampunan

Hidup matiku hanya untukMu....


Ahad, 6 Mac 2011

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta- Anak-anak Sufi

Dengan nama ALLAH, hayatilah
Buat kamu yang ketandusan cinta
Nukilan Allahyarham Anak-anak Sufi

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.

Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.

Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

~anak-anak sufi 14/12/2011~

Sabtu, 26 Februari 2011

Mencari Wanita Solehah

Dengan nama ALLAH, saya mulakan coretan pada pagi ini.


Terjumpa satu blog yang saya kira entrynya sangat menarik.


Buatmu wahai yang bergelar wanita,mari berusaha menjadi solehah.
















Moga kita semua dapat ambil ibrahnya.
Jadilah bidadari yang solehah
Pasti kita dirahmati ALLAH 

Sesungguhnya seindah hiasan dunia ialah wanita solehah
Tidak mahukah kita menjadi wanita solehah?

Wanita solehah lebih baik daripada seribu lelaki yang soleh.

Wallahua'lam

Jumaat, 25 Februari 2011

Kita Pilihan DIA





Kali ini, saya ingin mengajak hamba sekalian untuk banyak bersyukur.
Bersyukur sebab kita ni, ALLAH pilih untuk jadi manusia, bukan haiwan, bukan tumbuhan.
 Firman ALLAH : "Sungguh kami telah ciptakan manusia dalm bentuk yang sebaik-baiknya"
[surah at-tin: 4]

Bersyukur sebab antara berjuta-juta sperma, ALLAH pilih kita untuk mengecap nikmat tinggal di dunia yang fana ini. Maknanya, ada tugasan yang ALLAH beri pada kita untuk mentadbir bumi ini. Kita dipilih menjadi khalifah.
Ya, khalifah bukannya sampah.Tugas khalifah memakmurkan bumi, tapi kalau kita jadi sampah..kita hanya mengotorkan bumi ini. Itu sekadar kiasan untuk dibuat renungan.

Firman ALLAH: "Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKU."
[surah az-zariyyat: 56]

Kadang-kadang ada manusia yang merasakan hidupnya tidak berguna langsung. Tidak ada yang mampu dia sumbangkan untuk ISLAM. Miskin, cacat anggota, hidup bergelumang maksiat dan seribu satu kelemahan dalam diri. Mana ada manusia yang sempurna. Yang sempurna itu hanya SATU : ALLAH.

 Jangan! jangan berfikiran kita ini tidak berguna. ALLAH itu Maha Adil. Saya ingin mengajak anda merenung satu ayat ALLAH:
"Maka apakah kamu mengira , bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main-main saja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan pada kami..?"
[surah al-mu'minun: 23 ]

Lihat, setiap daripada kita ada peranannya yang ALLAH taklifkan untuk kita. Kalau tak, kenapa kita lahir ke dunia ni ? Sedar tak, sebenarnya, kita ni ALLAH yang pilih untuk duduk atas muka bumi ini.
ALLAH tak sesuka hati je nak cipta kita.

Ok, andai kata kita miskin, kita rasa seolah-olah kita ni tak berguna. Tapi, sedarkah kita, mungkin dengan kemiskinan kita itu mempu medekatkan diri kita dengan ALLAH.

Andai kata kita miskin, kita rasa tak mampu bagi apa-apa pada ISLAM. Tapi, sedarkah kita, ALLAH kurniakan kita banyak nikmat, bukan nikmat harta sahaja..tapi nikmat ilmu. Kita boleh sumbang ilmu sebagai salah satu medium penyebaran dakwah. Kita memang miskin, tapi kita kaya ilmu. berguna,kan kita?
Jangan sempitkan sesuatu skop pada pemikiran kita. Doalah pada ALLAH agar dikurniakan izzah untuk nampak hikmah atas apa jua yang ALLAH timpakan ke atas kita.

Andai kata kita cacat, kita lumpuh, kita rasa tak mampu nak berdakwah. Tapi, ingatkah kita pada Syeikh Ahmad Yassin yang seluruh badannya lumpuh. Hanya mukanya sahaja yang bisa bergerak. Dia ada mulut, bukan? Dia menggunakan satu-satu nikmat anggota badan yang masih boleh berfungsi dengan menyampaian ceramah dan menuturkan kata-kata semangat jihad untuk pemuda untuk terus berjuang di jalan ALLAH. Itu juga tanda dia sangat bersyukur pada ALLAH kerana masih berpeluang untuk berbicara dan tidak mengeluh walau lumpuh.

Seandainya, kita tidak mempunyai kelebihan dalam berbicara juga tidak berkebolehan dalam menulis, Ketahuilah, kita mampu berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang baik.

Jadi,wahai hamba sekalian, jangan kata dirimu tidak mampu dan tidak berguna kerana kita ini pilihan DIA.

Dan , bersyukurlah jika kita terpilih menjadi salah seorang rantai mata perjuangan Rasulullah saw. Lihat ayat ALLAH :
"dan berjihadlah kamu di jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-benarnya. DIA telah memilih kamu, dan DIA tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. ikutilah agama nenek moyangmu , Ibrahim...
[surah al-hajj : 78 ]

Bersyukurlah jika kita telah terpilih untuk bersama-sama mereka yang memperjuangkan agama ALLAH. Jadi,jangan sia-siakan peluang ini. Bukan senang untuk menjadi pilihan DIA.

Berdakwahlah dan berjihadlah.
jihad itu banyak cabangnya.
jihad di jalan ALLAH-peperangan
jihad lisan
jihad pena
jihad nafsu

Berjihadlah pada diri sendiri andai tak mampu nak berjihad selainnya kerana sebesar-besar jihad itu ialah jihad hawa nafsu.

wallahua'lam.
Mana yang baik, ambil jadikan teladan
Mana yang buruk, ambil jadikan sempadan.


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger