Rasulullah saw bersabda : Jika kamu tidak malu, maka
lakukanlah apa yang kamu suka.
Itu sindiran daripada Baginda saw sebenarnya.
Darjah 1
Teringat waktu darjah 1, awal-awal masuk kelas. Cikgu Zairi
(guru kelas saya) mahu menukar kedudukan pelajar dalam kelas. Kumpulan saya,
terdiri daripada 3 lelaki, 3 perempuan. Dan, dalam kumpulan tu, memang saya
paling pendiam. Melihatkan saya diam, cikgu menukar kedudukan saya. Dan, yang
paling buat saya nak menangis, dalam satu barisan panjang, kiri kanan saya
semuanya lelaki. Saya tersepit di tengah-tengah. Kawan sekumpulan saya yang
lama cakap “Tulah, azai. Orang suruh bising tak nak.”
Saya mesti tersenyum
setiap kali ingat peristiwa tu.
Pemalu macam semalu
Wanita dan pemalu sangat sinonim. Tapi, lelaki yang pemalu
pada saya mengagumkan.
Dan, saya punya sahabat lelaki yang pemalu. Dalam
malu-malunya, pernah bercouple, tetapi tidak lama dek sikap pemalunya.
Ahamdulillah .
“Tak payah,lah cerita pasal orang. Kau pun pemalu jugak”
Ya, saya memang pemalu.
Dalam malu-malu saya, sewaktu tingkatan dua dahulu, saya pernah punya
adik angkat lelaki .( masa itu, zaman belum ditarbiyah, saya bertudung labuh di
sekolah menengah biasa tapi dalam rancangan kelas agama ) . dan, dek kerana
pemalunya saya, “adik angkat” itu terbiar begitu saja .
Saya ingat sewaktu PMR kian mendekat, dan kawan-kawan memang
tahu saya seorang yang sukar untuk bercakap dengan budak-budak lelaki (kalau
guru lelaki, tiada masalah). Datang seorang budak lelaki dalam kelas duduk
berhadapan dengan saya dan bertanyakan perancangan setelah habis PMR .
Ya, waktu itu memang saya malu sebab semua orang tengok
.Kawan-kawan mahu melihat reaksi saya. Dalam hati rasa macam nak ketuk je
kepala budak tu. “Dah tau orang macam ni, datang jugak.”
Pelik
Ketika menjejakkan kaki ke salah sebuah sekolah agama di
kota tinggi. Awal-awal kemasukan lagi saya sudah menunjukkan sikap pemalu.
Budak lelaki itu bertanya : "eh, kau budak baru ea?"
Saya hanya mengangguk.
Dia tanya lagi : "nama kau apa?"
Saya hanya diam.
"eh, budak ni. aku tanya dia senyap je...."
Kemudian datang seorang kawannya "eh, kenapa dia tunduk je?"
Budak tadi jawab "dia tengah bertafakur tu..........."
Satu das yang tepat ke muka saya
.
Saya hanya mengangguk.
Dia tanya lagi : "nama kau apa?"
Saya hanya diam.
"eh, budak ni. aku tanya dia senyap je...."
Kemudian datang seorang kawannya "eh, kenapa dia tunduk je?"
Budak tadi jawab "dia tengah bertafakur tu..........."
Satu das yang tepat ke muka saya
.
Dan, ketika di tingkatan 5, saya duduk bersebelahan dengan
seorang yang pemalu jugak. Sahabat baik saya sehingga sekarang. Dan, pemalunya
lebih dahsyat daripada saya.
Teringat saya yang dia tidak senang duduk dan berlari balik
ke asrama , menyorok ketika ada kunjungan kawan dari sekolah lamanya mahu
berjumpa dengannya. Kawannya lelaki. Kami semua gelakkan dia .
Dia pelajar baru seperti saya juga. Masuk ketika Tingkatan
4.
Dan, pelajar –pelajar perempuan baru yang tidak bercakap
dengan lelaki ini akhirnya menjadi isu.
Maaflah, kami memang pemalu . Bukan sombong, tetapi entahlah
, tak pandai nak explain macam mana.
Satu ketika, ketika saya dan sahabat baik saya berborak
dengan salah seorang pelajar lelaki yang boleh dikatakan agak rapat dengan kami
sebab perwatakannya yang lembut , saya dapat merasakan banyak mata yang
memandang kami. Bila saya toleh , semua budak lelaki sedang melihat ke arah
kami.
Ya, saya tahu mereka pelik bila melihat kami berdua bercakap
dengan lelaki. Dan, akhirnya, kami cepat-cepat mematikan perbualan dan
meneruskan kerja seperti biasa.
Dan, pernah juga ada satu ketika, seorang kawan lelaki mahu
bertanyakan saya soalan bagi subjek Quran Sunnah. Dipanggil nama saya berulang
kali, tetapi saya tidak menyahut, bahkan tidak memandangnya. Kasihan dia. Bukan
saya kedekut ilmu, tapi sifat pemalu yang keterlaluan.
Kena Marah
Disebabkan sikap pemalu tidak bertempat saya inilah, saya
sering ditegur dan dimarahi mak, abah dan kakak saya, bahkan adik-adik saya
juga.
Dan dalam usia belasan tahun juga, setiap kali pulang ke
kampung, saya tahu kadang-kadang sikap
saya yang pendiam menjadi bualan orang. Saya sendiri, kadang-kadang tidak tahu
mahu berborak berkenaan apa.
Saya tahu, sikap begini tidak patut ada pada seorang yang
bergelar daie. Bahkan, saya tahu, saya tidak layak untuk itu. Dan, menyedari
sikap pemalu saya yang ketara, seiring dengan perkembangan usia, saya cuba
mengubahnya dan masih sedang mengubah.
Lelaki
Saya tidak anti-lelaki, Cuma saya malu dengan lelaki.
Bahkan, satu ketika dahulu, untuk berbicara dengan abah juga , saya malu.
Dan, kawan-kawan mengenali saya dengan seorang yang tidak
suka menjadikan lelaki dan couple sebagai topic utama dan betapa mereka tahu saya
sangat tidak suka orang bercouple.
Sikap pemalu ini juga, seringkali menjadi kerisauan mak abah
saya. Bila saya bercerita tentang budak-budak lelaki di sekolah , budak-budak
lelaki yang baik, mesti adik-beradik saya teruja dan sangat tidak percaya yang sister dia yang seorang ini berbicara
berkenaan itu.
Matrikulasi & universiti
Menginjakkan kaki saya ke tempat-tempat ini, sedikit
sebanyak mengajar saya erti untuk bersosial, tapi mengikut syariat. Walaupun
malu saya kadang-kadang tidak dapat dikikis, sekurang-kurangnya, tidak seteruk
dahulu.
Saya pernah mengimpikan untuk masuk ke universiti yang tidak
ada langsung lelaki di dalamnya, tetapi sangatlah mustahil,kan?
Datang rumah
Saya tidak punya abang atau adik lelaki. Mungkin itu antara
faktor saya susah untuk bercakap dengan lelaki. Tapi tidak pada adik-beradik
saya. Setiap kali raya, ada sahaja kawan-kawan lelaki yang bertandang. Saya ?
dari sekolah rendah hingga zaman matrikulasi menginjak ke tahun ketiga, tidak
ada “kawan lelaki” yang bertandang ke rumah. Seriously, saya tak tahu nak treat
tetamu-tetamu berlainan gender tu kalau datang ke rumah.
Dan, kedatangan mereka baru-baru ini membuatkan saya
terpaku. Saya tak tahu degree of shyness saya tahap berapa. Akhirnya, saya
lebih banyak diam dan menyorokkan diri di belakang.
Mak cik saya menempelak “ mu ni, communication failed”
Pak su dan nenek saya pula cakap “ mu ni saing mari, tok se
keluar..berat mu ni…………”
Pak cik saya pernah juga bagitahu saya “ mu ni, kalu dale
henset, banyok pulok kecek…kalu depe, senyap jah….”
Mujur bukan saya seorang yang begitu, sebab ada sepupu mak
saya (lelaki) yang pemalu macam saya juga.
Terpulanglah kalau nak cakap saya communication failed ke
apa ke, yang penting dengan kaum wanita saya tidak sebegitu
Nampaknya, saya memerlukan seorang suami yang banyak cakap
dan peramah (bukan pemarah), untuk menyeimbangkan komunikasi .
Orang yang dah kenal rapat dengan saya, akan tahu karakter sebenar saya. Bak
kata orang “tak kenal, maka tak cinta”
Dan, pada saya lebih baik
tidak dikenali lelaki . (Habis tu, kau tak nak menikah ke?”)
è
Nota hamba :
1. Kenapa saya pemalu dan
kadang-kadang pendiam ? Saya punya reason yang tersendiri.
2. Lidah, mulut, bibir. Tiga
beradik ini berkolaborasi untuk menghasilkan tutur bicara. Jika percakapan kita
lebih cenderung untuk mengumpat,dan membicarakan yang buruk-buruk berkenaan
manusia, lebih baik kita diam. Jika percakapan kita cenderung untuk berbicara
yang sia-sia, lebih baik kita diam. Walaupun saat itu, ada bisikan-bisikan
negatifPemalu manusia terhadap kita.
Kita mahu cari redha Allah. Jika dengan
diam kita, menjadi satu umpatan bagi mereka, tidak apalah.sekurang-kurangnya,
kita berusaha untuk menghindarkan diri dari dosa.
3 3. Wanita dan lidah sangat berkait rapat. Dan, saya seorang
wanita . takut dihumban ke neraka dek kerana lidah yang lebih tajam daripada
pedang, mampu menghiris hati-hati manusia jika tersilap kata.
4. Berbicara yang baik itu lebih
baik daripada diam. Tapi, diam itu lebih baik daripada mulut kita berbicara
yang sia-sia.
5 5. Dan, untuk sembang-sembang
kosong dengan sahabat muslimin secara berhadapan macam itu terutamanya, memang saya tidak pandai .
“Kita selalu dengar orang yang communication failed adalah
orang yang pemalu, pendiam, tak pandai nak berkomunikasi orang. Tapi, pada saya
orang yang communication failed juga adalah orang yang dalam bicaranya tidak
lepas dari umpatan, memfitnah, memburukkan orang lain, memutarbelitkan fakta,
menipu, mengadu domba dan seangkatan dengannya. Juga orang yamg mudha
mengeluarkan kata-kata kesat apabila amarahnya dijentik.”



.jpg)
.jpg)