Sabtu, 31 Mac 2012

Samping Oh Samping


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Lembut terhadap hambaNYA
                Selawat & Salam buat Rasulullah saw, keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya

Rindu mahu menulis sebenarnya, Cuma masa tidak menigizinkan  hati juga belum bersedia.

Saya nak jadi tukang cerita sahaja hari ini.

Sudah 6 minggu saya berpraktikal di kilang Rikevita. Ada 9 minggu lagi. Masa, cepatlah berlalu. Benar, penantian itu satu penyeksaan.

Dan, rupa-rupanya hampir 6 minggu saya di sini, cerita berkenaan saya memakai “samping” masih belum reda.

kata-kata Saad Ibn Waqqas

Kisah 1 :

Baru-baru ini, saya memakai baju labuh Fakulti Teknologi Makanan “ foodtech heroines” . Warnanya, biru gelap. Usai sahaja punch card, saya ditegur pakcik yang suka menyakat saya “ aik, hari ni awak pakai samping sekolah agama pulak ye. Awak banyak baju macam ni ea ?”. Saya hanya tersenyum dan mengangguk.

Kisah 2 :

Dan saya ingat lagi sewaktu di EMA department di bahagian packing line. Waktu tu, kami menunggu staff di sana untuk memberi  briefing kepada kami. Saya dan seorang lagi kawan duduk mengelilingi meja bulat bersama beberapa orang staff di EMA.

Biasalah, bila ada orang baru je, banyaklah soalan-soalan cepumas yang ditanya.

Dan tiba-tiba ada seorang abang tanya saya “ Awak ea yang pakai samping?”

Kawan dia menyampuk “ Tak baik kau cakap macam tu, kesian dia.”

Abang tu jawab “ Baik aku tanya direct dari diorang cakap belakang-belakang”.

Saya terkedu mendengar jawapan abang tu. Dalam hati “ oh, rupanya isu ‘samping’ ni tak habis lagi, padahal dah lama kot aku praktikal kat sini. “

Baru saya tahu selama ini, orang masih bercakap mengenai pemakaian saya.

Kisah 3 :

Sewaktu sedang melakukan proses menghantar surat yang telah difaks kepada kilang-kilang berkenaan, seorang abang di bahagian PA menegur saya .

“ Awak pakai samping ke baju ?”

“Saya pakai baju, bukan samping.”

“Baju awak semua labuh-labuh ea?”

“Haah, baju saya semua macam ni.”

“Kenapa awak pakai baju labuh?”

“Sebab saya rasa selamat.”

“Selamat ?” . Dia pelik dengan jawapan saya.

Saya hanya tersenyum. Dan dia meneruskan sesi soal  jawab bersama saya. [soalannya rahsia]. :)

Kisah 4 :

Di EP department, department di mana saya ditempatkan untuk melakukan tugasan harian di situ.
Sedang membuat labeling printing, kakak yang duduk bersebelahan saya tanya.

“ Kau memang banyak ea baju macam ni?”

“Haah, baju saya semua macam ni.”

“Baju ni beli kat mana ?”

“Beli dekat u. yang saya pakai ni, baju fakulti.”

“Semua orang beli ke?”

“Eh, taklah…sape yang order je.”

Kisah 5 :

Sewaktu saya masuk di bahagian PA, dan mahu bertanyakan sesuatu kepada staff di situ.

“ Cik Din, surat ni nak letak kat mane ea?”

“Bagi saya je. “

Dan dia baru tersedar yang sedang bercakap dengan dia tu “budak samping”.

“Eh, kau rupanya. Yang pakai samping tu ea…”

Saya senyum sahaja. Dah lali barangkali.

Belum sempat dia bertanya lanjut, saya cepat-cepat keluar daripada pejabat dan terdengar dia memanggil nama saya, tetapi nama yang dipanggil tu salah. Saya dengar dia tanya seorang lagi staff kat situ “Eh, nama dia apa?”
Dalam hati saya, “Tadi panggil aku samping, bila aku dah keluar baru nak panggil nama aku. Nama aku pun dia tak tau.” Saya buat tak dengar je bila dia cuba memanggil nama saya walaupun nama tu salah. Jahat, kan saya :)

Ok, cerita dah tamat.

Setiap hari, saya berhadapan dengan ramai orang. Memang benar, lah banyak orang, banyak pula ragamnya. Dan, zaman kerja memang zaman yang mencabar. Saya sudah mendengar banyak cerita-cerita staff di sana berdasarkan pengalaman mereka.

Fizikal dan mental mesti kuat kalau mahu bertahan. Kita baik pun, ada orang tak suka. Kalau jahat, berganda-gandalah orang benci kat kita. Itulah yang selalu saya dengar.

Bukan mudah memuaskan hati semua orang. Dan bukan mudah bila kita bekerja dengan staff lama yang kaya dengan pengalaman dan orang baru yang tak tahu apa-apa walaupun ada ijazah.

Saya hargai setiap pengalaman yang saya dapat di sini kerana pengalaman itu satu perkara yang sangat berharga.

Nota hamba : Moga saya tidak membawa fitnah pada Islam. Banyak yang mahu diceritakan sebenarnya, tapi tidak mengapalah, biarlah rahsia.

Tolong doakan saya kuat untuk bertahan 9 minggu lagi.





h.a.m.b.a
31 Mac 2012M
8 Jamadilawwal 1433H
Selatan tanah air

Ahad, 25 Mac 2012

I'm Sinner

In the name of Allah Most Gracious and Most Merciful

Let's the picture talks.




Buat sahabat-sahabat saya, mohon seinfiniti kemaafan atas kekhilafan saya.
Buat kalian yang mengenali saya juga.

Sungguh saya banyak buat silap. Maafkan saya.


Nota hamba : "Ya Allah seandainya kehidupan itu baik bagi aku, maka bantulah aku mengharungi kehidupan ini. Seandainya kematian itu baik bagi aku, maka matikanlah aku dalam iman dan islam."

Terkadang rasa mati itu lebih baik daripada hidup . Apa guna umur semakin meningkat, hidupnya lama, tapi bukan pahala yang menambah, bahkan dosa yang makin bercambah.

Allah yang Maha Baik, ampunkan dosa-dosaku terhadap Engkau, Para Rasul, Para Malaikat, Al-quran, Ibu bapa, adik-beradikku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku, manusia keseluruhannya sama ada yang telah meninggal dunia atau yang masih hidup, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh makhlukMU.

Rabu, 7 Mac 2012

Agama Itu Yang Memikat

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Mengasihani

Selawat serta salam buat Rasulullah saw, ahli keluarga serta para sahabat baginda.

Sesekali berbicara soal ini, tiada salahnya, bukan?

Saya seorang yang gemar melihat serta mentafsir sesuatu perkara yang saya lihat.

Melihat realiti alam rumahtangga di Malaysia, sebenarnya sangat menakutkan.

Ramai pasangan yang bercerai. Bila difikir-fikir, kenapa ya terjadinya perceraian sedangkan perceraian itu adalah perkara halal yang paling Allah benci.

Mudah sahaja saya simpulkan.

Kerana kita tidak menjaga Allah.

Maksud saya disini kita tidak menjaga syariat Allah, baik sewaktu dalam tempoh pertunangan, sewaktu berlangsungnya walimah dan kehidupan sepanjang bergelar suami dan isteri. Bahkan, mungkin kita tidak menjaga Allah sewaktu kita bercouple? Macam pelik,kan?

Kalau sudah namanya bercouple, itu memang haram. Tiada versi islamik punya.

Dalam sirah Rasulullah dan sejarah kegemilangan Islam, tidak pernah ada cerita bercinta sebelum nikah. itu semua versi barat.

Jika ada pasangan yang benar-benar menjaga Allah, tetapi ditakdirkan bercerai, maka itu ujian. ada hikmahnya..

Bagaimana untuk memastikan pasangan yang kita pilih adalah pasangan yang boleh membawa kita untuk terus mencintai Allah?

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya “Wanita dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu beruntung dan berbahagia.

Ini lagi satu hadis yang boleh dikongsikan 


Ibnu Hajar dalam kitabnya fathul bari menaqalkan hadis Abdullah bin Amru kata nabi SAW: “Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka melampau batasan.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”.



Ya, itu jawapannya. Rasulullah saw sudah beritahu kita . bukan wanita sahaja, bahkan untuk lelaki juga.

Pilihlah agamanya.

Agama itu yang memikat hati kita.

Pilih yang beragama, bukan semata-mata dia budak pengajian agama.
Pilih yang beragama bukan semata-mata penampilannya macam pak lebai.
Pilih yang beragama bukan semata-mata ilmunya tinggi melangit.

Maksud saya di sini, pilihlah agamanya . sejauh mana dia mengamalkan ilmu agama yang ada di dadanya. tidak guna jika ilmu tinggi melangit tetapi tidak mengamalkan apa yang diketahui.

Pilihlah agamanya . tidak perlu mencari yang berpakaian seperti pak haji atau mak hajah, tetapi cukuplah jika dia benar-benar menutup aurat mengikut syariatnya.

Ingat kata-kata Imam Nawawi : sesungguhnya aku mencintai kamu kerana agama yang ada pada kamu. jika hilang agamamu, maka hilanglah kecintaanku padamu.


Maka di sini, izinkan saya menukilkan kata-kata :

" aku memilih kamu kerana agama yang ada pada kamu. bukan kerana rupa,bukan kerana harta, dan bukan kerana keturunan. kerana yang dipilih ini menyedari dirinya bukanlah rupawan,kerana yang dipilih ini menyedari dirinya bukanlah hartawan dan kerana yang dipilih ini bukanlah orang kenamaan"

Siapa yang mendapat pasangan yang soleh/ah + cantik/tampan, maka itu nikmat berganda buatnya.

Sesungguhnya, wajah yang cantik atau tampan tidak menjanjikan kebahagiaan.
Tetapi, wajah yang air mukanya tenang dek cahaya iman  walaupun paras rupa yang biasa-biasa itu yang memberi ketenangan jiwa. 

*Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya suka melihat wajah muslimah yang berwajah teduh. Paras rupa yang biasa, tetapi memberi satu ketenangan di jiwa saya walau kulit tidak cerah. [Oh, saya bukan lesbian]




Nota hamba : Teringat kata-kata ini yang ditujukan buat saya " wei, ko ambil kos apa ar?" seorang lagi menyampuk "ambil kos falsafah kot". Mereka gelak. Saya? Menahan marah sambil tunjuk muka serius.Dalam hati " haah, aku ambil kos falsafah". saya masih simpan memori di Besut. :)

Ahad, 4 Mac 2012

Ini Pintaku

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Selawat serta salam buat Rasulullah saw , ahli keluarga baginda serta para sahabat


Mahu bercerita. Jika tidak mahu membaca tidak mengapa.

Idea ada untuk menulis, cuma hati yang tidak bersedia. Jadi lebih baik saya bercerita.

Teringat dahulu sewaktu malam Ahad awal tahun 2007. Di saat semua pelajar berada di kelas persediaan, saya pula terlantar di bilik sakit kerana diserang gastric yang teruk. Seorang sahabat saya menemani saya. Maklumlah, sekolah saya agak ‘keras’.

Saya berperang dengan diri saya. Mahu melelapkan mata, mata pula tidak mahu tidur. Sahabat saya menyuruh saya tidur. Saya pula kasihan melihat dia, terpaksa menemani saya sedangkan banyak lagi kerja yang perlu dibereskan sebelum bermulanya sesi persekolahan tahun 2007 [tahun kami SPM].

Nak kata perut kosong, saya sudah makan nasi petang itu. Reaksi sahabat saya biasa-biasa sahaja ketika melihat saya sakit. Saya tidak marah sebab saya tahu dia tidak merasai kesakitan saya dan pada kebanyakan orang-orang yang tidak mengalami gastric, mereka berasa gastric itu suatu yang biasa-biasa sahaja.

Saya terpaksa memujuk diri untuk tidur dalam keadaan membongkokkan badan.
Habis sahaja kelas persediaan, saya terus naik ke dorm saya yang terletak di aras 3 dalam keadaan terbongkok-bongkok. Luar biasanya gastric yang menyerang saya waktu itu. Allah sahaja tahu.

Masuk sahaja ke dalam dorm, saya terus membuka locker dan mencapai ubat gastric. Usai makan, saya terus sujud. Allahurabbi, baru lega sedikit. Kemudian, kawan sebatch saya datang menghampiri “ awak ,ok?” . saya menggelengkan kepala. Akhirnya, dia menyuruh saya tidur. Saya baring di atas katil, tetapi sakit itu semakin kuat. Lantas, saya mengambil keputusan untuk tidur dalam keadaan sujud. Saya bertahan dari pukul 6.30 petang hinggalah hampir pukul 5 pagi esoknya untuk bebas daripada serangan gastric.

Dan, saya pernah melihat bagaimana seorang guru yang diserang sakit jantung menahan kesakitan sambil memukul dadanya. Saya pernah melihat bagaimana seorang sahabat yang diserang gastric menahan kesakitannya.

Ya, sihat itu nikmat. Nikmat itu hanya bisa dirasa dan dihargai setelah kita diberikan kesakitan oleh Allah. Sebenarnya, sakit itu juga satu nikmat walaupun pada pandangan hakikinya, satu bentuk ujian.

Tidaklah Allah menimpakan kesakitan itu kepada hambaNYA melainkan untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang semakin banyak juga meninggikan darjat kita.

Berbahagialah mereka yang sakit sebab mereka mereka berusaha membuat persediaan menempuh alam kematian. Dalam fikiran mereka, yang diharapkan pengakhiran kehidupan yang baik sekiranya penyakit yang dialami tidak juga sembuh.

Mereka juga mengharapkan biarlah nama Allah menjadi nama terakhir yang meniti di bibir sebelum mata mereka terpejam rapat, sehingga hembusan nafas terakhir kedengaran.

Bukan mereka sahaja, saya juga mengharapkan pengakhiran hidup yang baik. Dan berharap Allah menutup keaiban saya sewaktu meninggalkan alam dunia ini.

Sangat-sangat mengharapkan untuk kembali padaNYA dengan hati yang sejahtera.

Itu bukan pinta saya seorang sahaja, bahkan semua insan yang bergelar Muslim.
Itu juga bukan pinta orang yang sakit sahaja, bahkan orang yang sihat juga.

Berbahagialah kalian yang sakit, kerana Sakit Itu Nikmat [SIN]
Sakit itu penghapus dosa [SIN].



Nota hamba : Ini kisah dulu-dulu. Sekarang sudah baik..Sekadar berkongsi agar kalian menghargai nikmat sihat yang diberi. Waktu sihat, beribadahlah sebanyak yang mampu kerana bila sudah sakit, kepuasan beribadah sukar untuk dicapai. 


Ajaibnya, bila puasa, tidak pula diserang gastrik :) Alhamdulillah


h.a.m.b.a
4 Mac 2012
11 Rabiulakhir 1433 H
Selatan Tanah  Air



Jumaat, 24 Februari 2012

Ini Cerita Saya



Hari ini cuti. Maknanya, saya tidak bekerja. Esok juga cuti. Alhamdulillah. Baru 5 hari bekerja saya rasakan sudah seperti setahun lamanya. Masa, cepatlah berlalu.

Ini cerita saya mengenai Latihan Industri saya di Tampoi. 
Saya menulis sebab saya ada sahabat-sahabat yang minta saya kongsikan di blog.

Macam biasa, setiap kali datang tempat baru, orang akan tanya nama.

[Nama]
"Nama siapa ?"

"................"

"Oh, nak panggil apa ni?" (soalan kebanyakan orang kat situ , termasuklah manager saya , Mr.Mukai )

"Suka hatilah nak panggil apa." Jawab saya.

Ada yang panggil nama saya empat huruf di belakang, ada yang panggil tiga huruf di belakang, ada yang panggil empat huruf di tengah, ada yang panggil enam huruf di belakang, buang NOR sahaja. Kebanyakannya lelaki yang panggil begitu.


Yang ni pun masalah juga.

[Asal]
"Asal mana?"

"Kelantan."

"Jauhnya...."

"Tapi, saya duduk di Johor, area Bandar Tenggara tu."


Orang di sana juga ingatkan saya pekerja tetap .

[Praktikal]
"Pekerja baru, ea?""Berapa lama?"

"?...eh, taklah, saya praktikal "

"Oh, praktikal....GEMS ke?" (GEMS : pelajar lepasan ijazah yang praktikal bawah KPM)

"Tak, tak..pelajar u."


[UniSZA]
" U mana?"

"UniSZA."

"UniSZA? Kat mana tu?"

"Terengganu.Dulu orang panggil KUSZA."

"Oh,KUSZA... dah tukar nama ek."

Tak kenal UniSZA rupanya. Saya hairan bila mereka tak pernah dengar nama UniSZA sebab punyalah ramai bekas senior saya yang bekerja di situ.

Akhirnya, mereka akan simpulkan begini.

"Jauhnya praktikal kat sini (Johor), belajar kat Terengganu, asal Kelantan ."

Saya : "Senyum, tak perlu kata apa-apa."


[Baju Labuh]
" Awak takde baju kecik ea?"

"Takde".

"Bahaya pakai baju macam tu."

Itu dialog saya bersama seorang pekerja wanita di situ apabila melihat saya berbaju labuh di dalamnya. Kami diwajibkan memakai uniform berwarna putih yang disediakan pihak kilang. 

Saya kurang selesa sebab uniform yang ala-ala jaket tu agak kecik.

Pekerja-pekerja lelaki di sana pula ingatkan saya pakai samping.

Setiap kali nampak saya, mereka akan kata " Samping, samping."

Saya tersenyum sahaja.

Semalam, pakcik yang panggil saya samping itu menegur saya .

"Awak memang pakai baju macam ni ye?"

Belum sempat saya menjawab, dia bertanya lagi " setahu saya, baju macam ni, orang-orang badan besar je pakai ."

saya senyum sahaja. Dalam hati " yeke pakcik? setahu saya tak pun...."

Betul ke, baju labuh itu sesuai dipakai untuk orang-orang badan besar sahaja?

Nampaknya baju labuh itu asing di bumi yang sedang saya diami ini.


Semua orang lelaki di sini saya panggil encik. Maaf, saya memang tak pandai nak panggil orang lelaki dengan gelaran abang. Terasa agak geli. 

Yang kelakarnya, supervisor saya cakap " Awak panggil saya encik-encik ni, saya rasa geli,la "

Saya tergelak. Dalam hati ,"Dahtu, nak suruh aku panggil apa?"


...................................................................................................

Saya rindukan bumi Kusza. Bukan saya seorang sahaja. Sahabat-sahabat saya yang LI di tempat lain pun rindukan suasana di sana. Di sini, biahnya tidak soleh. Hati menangis, Allah sahaja yang tahu.



Hari ke-2, saya pergi kerja dalam keadaan sebak yang terlampau. Hati seperti mahu pecah. Akhirnya, air mata berderai juga. Mujur tiada orang di dalam pejabat. Mesej-mesej sahabat saya simpan sebagai tatapan buat penaik semangat. Tidak lama kemudian, sahabat saya yang jauh nun LI di Kedah telefon. Wah, makinlah berderai air mata ini. Kebetulan pula, senior supervisor dah masuk. Dia perasan saya nangis. Biarlah dia nak fikir apa pun, yang penting memang saya nak nangis.

Malamnya, sahabat saya yang LI nun jauh di Perak telefon. Rupa-rupanya, dia pun menangis.

Saya nak tergelak sebab saya ingatkan saya seorang sahaja yang cengeng.

Dan, semalam. Sahabat saya yang di Kedah itu, mesej saya minta doakan dia kuat. Dia sedang dilanda rasa sedih yang teramat. Lalu, saya menelefonnya. Berderai air matanya.

Kalian mahu tahu kenapa kami menangis?

Kami rindukan sahabat-sahabat. Kesemuanya. Baik yang soleh mahupun solehah. Terbayang wajah kalian satu-persatu.Mungkin juga keadaan sekeliling yang tidak masuk dengan jiwa kami.

Bila keseorangan, baru saya faham. Allah mahu mengajar saya supaya bergantung sepenuh harapan padaNYA dan Allah mahu mengajar saya menghargai sahabat-sahabat.

Memang ini risiko dan perkara realiti yang kami akan hadapi di alam pekerjaan yang sebenar nanti apabila berada dalam bidang industri. Ramai pekerja lelaki. Biah soleh yang hampir tiada. 

Agak sukar, lebih-lebih lagi muslimat yang bertudung labuh atau besar. Yang memang menjaga ikhtilat.

Perlu menukar sedikit watak agar tidak dikata jumud dan tidak membawa fitnah pada Islam.

Yang penting, syariat Allah dijaga, Allah akan menjaga kita. Saya berpegang pada nasihat Rasulullah saw itu.




Nota hamba :

Situasi di sini sangat berbeza dengan situasi dalam kelas. Di kelas, ramai perempuan, lelaki sedikit. tetapi di industri, lelaki terlalu ramai dan perempuan terlalu sedikit. Dan, saya pula tercampak di bahagian emulsifier production di mana hanya saya seorang sahaja perempuan di situ buat masa ini. Boleh anda bayangkan?

Mohon kami, doakan kami ya sahabat-sahabat.

Pesan saya, hargai zaman belajar ini terutama buat kalian yang bakal berada dalam bidang industri nanti. Alam kerja itu memeritkan.





h.a.m.b.a
25 Februari 2012M
3 Rabiulakhir 1433H
Selatan tanah air.
[     اعلم والله]
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger