Isnin, 14 November 2011

Bila Rasa Itu Menjelma

Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Mengasihani

Bila rasa sedih bertandang....

Bacalah kalamNYA...

Itu surat cinta DIA untuk kita...

Jangan layan rasa sedih itu keterlaluan

Kerana itu dari syaitan

Banyakkan bersabar






Datang sahaja masalah,

Jangan cari manusia dulu

Adulah , rintihlah padaNYA

DIA tidak mengecewakan kita

Bahkan, DIAlah yang akan memberi ketenangan

Carilah DIA



Jangan terus dilayan rasa sedih

Rahsiakan ujianmu

Terus tersenyum di hadapan manusia walau hati remuk

Kerana rahsia ujian itu lebih bermakna jika hanya DIA yang tahu



Nota hamba : Betapa kita sering mencari manusia dahulu saat merasa sedih, sedangkan ujian itu untuk dikongsi bersamaNYA terlebih dahulu. Jadikan DIA yang pertama, kemudian barulah manusia untuk sekadar mengetahui pendapat mereka. 

wallahua'lam

Khamis, 10 November 2011

Sahaja Aku MencintaiMU

Dengan nama Allah Maha Mengasihani HambaNYA.



Ku cinta pada-Mu
Lebih dari segala-gala
Mampukah kupertahankan cinta ini
Dalam mengabdikan diri pada-Mu


Andai ada kata yang lebih baik
Dari ucapan terima kasih
Pastikan kuucap setulus hati
Tanda cintaku pada-Mu


Lailahaillallah, Allahu Rabbi
Lailahaillallah, Allahu Akbar!


Andai ada hadiah yang lebih baik
Dari melodi syukurku
Semestinya kupersembahkan pada-Mu
Tanda cintaku, tanda cintaku...
Pada-Mu!


Hasbi Rabbi jallallah
Mafi Qalbi ghairullah
Nur Muhammad Sallallah


Setiap hela nafas
Setiap gerak tangan
Setiap degup jantung
Setiap gerak kaki


Takkan pernah bermakna
Tanpa cinta-Mu..


Pencipta lagu dan lirik: Ajwad Du'a
Artis: Du'a feat Ustaz Amal
Music Arrangement : Bro Kautsar (Kalsa Studio)
Third/ Backup voice: Amad






Nota Hamba : Pertama kali dengar lagu ni, terus terpikat . ya, saya terpikat dengan nasyid dek kerana liriknya terutama lagu ketuhanan dan keinsafan. 


Isnin, 7 November 2011

Kenapa Pilih Aku?



Dengan asma Allah Yang Agung

SALAM AIDILADHA 1432H





Ya Allah, kenapa aku..??

Disaat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?


Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jati dirinya,

Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?


Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,

Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?


Dikala aku merasa kepingin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,

Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?


Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,

Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?


Disaat ramainya manusia merobohkan agama,

Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?


Mengapa aku?


Aku banyak dosa...

Aku banyak maksiat...

Aku banyak ingkar...


Aku bukan orang yang layak!


Tapi mengapa aku dipilih?


Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?

Seingatku... aku tak pernah pun meminta...


Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?

Ah... aku bukannya alim. aku bukannya baik.

Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak ujub!


Tapi Tuhan... mengapa masih aku yang Kau pilih?


Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!


Tapi Tuhan... aku tak kuat!


Aku lemah...


Dikala ujian dariMu datang...

Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.


Aku malu Allah...


Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.


Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu...


Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku...


Tuhan, jawablah... mengapa aku?

Mengapa aku yang Kau pilih?


Tuhan..


aku tak pandai bermadah... juga tidak bijak menyusun kata...


Tapi ketahuilah...

Aku merayu...


Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma...

Agar diriku, bisa mencintaiMu.


Terima kasih Tuhan...

kerana memilih aku...


Terima kasih Ya Rabbi.


Dan kini... Hanya diriMu matlamatku.


Sekarang dan selamanya...















Nota Hamba : Kita memang tidak layak. Bukan kita, tapi saya. Tapi, DIA telah memilih saya , maka harus lakukan yang terbaik demi agamaNYA walaupun tidak sebaik generasi dahulu. Terus mencuba walau banyak kali tersungkur. 

Banyak yang ingin dikongsikan, tetapi sedikit kekangan masa.

Alhamdulillah, pagi tadi jumpa dia. Rindu. Lama sangat tak bersua muka dengannya. Hanya doa pengikat hati kita. Lain masa, jumpa lagi.

Sabtu, 22 Oktober 2011

Silih Ganti Rasa

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani hambaNYA



TUHAN....
dalam letih aku  merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN....
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmatMU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenangMU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN....
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaranMU
ingatkan daku
agar mengingat-MU

TUHAN....
bicaraMU tanpa suara
belaianMU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cintaMU ketara jua




Ust. Pahrol Md.Juoi

Nota Hamba : Ya Allah, aku pohon, hilangkanlah perasaan ini daripada hati hambaMU yang lemah ini. Aku mohon ketenangan dan kedamaian dariMU.

Jumaat, 21 Oktober 2011

Mereka Yang Saya Kagumi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Apa khabar semua?

Moga anda semua sentiasa dalam lindunganNYA

Sekadar bercerita sahaja untuk kali ini. Mengenai ustaz saya.

Alhamdulillah, semester 5 kali ini memberi banyak kebaikan buat diri ini.

Kami, pelajar teknologi makanan semester 5 mengambil subjek Talaqqi Quran, Halal Food, dan saya menyertai  kokurikulum Iqra'.

Apa yang seronok sangat sebenarnya, ya?

Seronok sebab bertambah ilmu agama untuk semester ini dan dapat mengenali ramai orang alim di bumi tarbiyah ini. masyaALLAH, rasa bertuah sangat masuk UniSZA walau satu ketika dulu agak sedikit kecewa kerana tidak dapat masuk universiti idaman saya. Tetapi, kini sebaliknya. Saya sangat mencintai bumi tarbiyah UniSZA @ KUSZA. Terima kasih padaNYA sebab memilih saya untuk merasai tarbiyah di sini.



Pertama sekali, saya nak perkenalkan guru Talaqqi Quran , Ustaz Abd Rashid b Abdullah. seorang pengamal perubatan Darus Syifaa' cawangan Terengganu. masyaALLAH, ustaz ni sangat bagus. Seringkali menitipkan nasihat buat muslimah berkenaan penjagaan aurat. Maklumlah, lebih-lebih lagi kami bukan fakulti Islam. dan seringkali bertanyakan hujah-hujah daripada al-Quran bila kami mengeluarkan pendapat berkenaan sesuatu topik. Sering mengingatkan kami mengenai akhirat dan saat berjumpa Allah. Sering mengingatkan kami, apa guna berjaya di dunia tetapi, akhirat menjadi orang yang rugi. Apa guna hebat di dunia, tetapi gagal dalam menghayati hidup sebagai seorang muslim sejati. Ayat famous ustaz ni : وجعلنا لكل شئ سبابا

Kedua, pensyarah Halal Food yang sempat kami menadah ilmu daripadanya walaupun hanya sekadar 2 jam sahaja, Dr. Basri Ibrahim. Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam daripada Jabatan Syariah. masyaALLAH, hebat Dr. Basri ni, ilmu banyak. dan kami kagum dengan Dr.Basri, walaupun sakit, tetap gagahkan diri untuk mengajar kami dalam keadaan duduk sahaja. Jazakallahkhairan ustaz. seronok belajar dengan dia. asyik buat lawak sahaja sampai mengalir air mata kami, senak perut menahan gelak. belajar berkenaan makanan halal, tetapi contohnya semua berkenaan suami isteri . rasa macam masuk kelas munakahat. kami yang perempuan ni agak terasa geli bila ustaz cerita perkara-perkara berkenaan pernikahan yang agak sensored. Rasa macam tak patut tahu lagi pasal ni. Apa-apa pun, itu semua ilmu. niatkan belajar kerana Allah, bukan sebab benda lain.

Ketiganya, pensyarah kokurikulm Iqra, ustaz Wan Fajrul Hisyam. masyaALLAH, ustaz Wan Fajrul ni hebat juga. Tinggi ilmunya mengenai al-Quran. agak serius, tetapi boleh tahan juga kalau buat gelak. sangat amanah dalam melaksanakan tugas, agak payah untuk kita jumpa ustaz atau pengajar yang macam ni. bersyukur kerana diberi kesempatan mengenali sosok tubuh ini. sangat teliti dalam pengajian al-quran. sangat peka sekiranya pelajar membaca al-quran dengan salah. Ayat famous ustaz ni : " susah nak ajar pelajar akhir zaman ni". Tersentap saat pertama kali dengar ayat tu. Saya, kamu dan kita semualah pelajar akhir zaman itu.
jom muhasabah diri sebentar ye.

Sebagai pelajar bukan daripada jurusan pengajian islam, sememangnya, kami sangat dahagakan ilmu agama. saya sangat rasakan perbezaannya bila kita belajar ilmu sains dan ilmu agama. belajar ilmu sains kadang-kadang agak susah untuk melekat di hati. tapi, belajar ilmu agama, alhamdulillah, senang nak melekat di hati. Ilmu sewajibnya diletakkan di dada bukan di kepala, letaknya di hati untuk dihayati bukan di akal untuk diingati. sains dan agama memang saling melengkapi begitu juga dengan semua bidang. Saya cuba untuk belajar ilmu sains + ilmu agama bersungguh-sungguh demi kemaslahatan umat Islam terutama dalam bidang pemakanan. 

Satu perkara yang ingin saya kongsikan : Belajar itu sebenarnya satu jihad. kita tidak akan mengantuk sekiranya kita menyematkan dalam fikiran bahawa kita sedang berjihad bahkan, kita akan bersungguh-sungguh untuk menang dalam berjihad. Sebabnya, ada tak orang yang sedang berjihad di medan perang tertidur ketika sedang berperang? adakah mereka mengantuk ketika sedang berperang? [mengajak kita semua berfikir]

Sekadar itu dahulu.

wallahua'lam

Nota Hamba : Teringat ustaz-ustaz bahasa arab saya sewaktu sekolah menengah di mersing dahulu, Ustaz Nasaruddin Esa, Ustaz Suhaimi Musa [pernah mengajar di SMUASZA, zaujahnya, pensyarah fakulti perubatan UniSZA] dan Ustaz Abdullah Hassan [ustaz yang sangat penyayang dan kebapaan walaupun waktu tu dia belum nikah, tak pandai marah pelajar, best] Alhamdulillah,semuanya baik dan berjaya menambahkan kecintaan saya pada bahasa arab .
Jazakumullahukhairan jaza' ya asatiz...


 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger