Isnin, 10 Oktober 2011

Mengemis Kasih-MU

Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani Hamba-NYA




TUHAN.....
Dulu pernah aku menagih simpati

kepada manusia yang alpa jua buta

lalu terheretlah aku di lorong gelisah

luka hati yang berdarah kini jadi kian parah


semalam sudah sampai ke penghujungnya

kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

tak ingin lagi kuulangi kembali

gerak dosa yang menghiris hati


TUHAN....

dosaku menggunung tinggi

tapi rahmatMU melangit luas

harga selautan syukurku

hanyalah setitis nikmatMU di bumi


TUHAN......

walau taubat sering kumungkir

namun pengampunanMU tak pernah bertepi

bila selangkah kurapat padaMU

seribu langkah KAU rapat padaku



Nota hamba : Nukilan Ustaz Pahrol Md. Juoi



Jumaat, 7 Oktober 2011

Pergilah Dunia

Dengan asma Allah yang Maha Agung

Perlahan-lahan ku jejak kaki
Terus melangkah untuk mencari
Suatu arah yang masih belum lagi kutemui
Apakah kerna dosa silamku
Masih membayangi diri ini
Hingga tak mampu untuk ku lari dari belenggunya..

Apalah daya hambaMu yang lemah
Hanya kekosongan jiwa
Penuh hasutan nafsu bergelora
Hanyalah padaMu daku berserah
Tunduk dan sujud menyembah
Mengharap ampunMu ya Allah..

Pergilah oh dunia
Jauh dari hati ini
Kerna kasihmu hanya sementara
Aku hanya mengharap
Padamu ya Allah
Menemani jiwaku yang lemah tak berdaya

Terasa diri ini
Sentiasa mengadu padaMu
Bagai tiada apa
Menghapus dosa-do
sa yang lalu




Nota Hamba : Lagu nasyid VARIANZ-Pergilah Dunia.

Ya Allah,letakkanlah dunia di tangan kami bukan  di hati kami.

Rabu, 5 Oktober 2011

Tenangkan Aku

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


ya Allah, kurniakan aku rasa kehambaan yang tinggi terhadapMU
ya Allah, rasakanlah dalam hati ini rasa pengharapan yang tinggi kepadaMU
ya Allah, ampunilah aku.



Nota Hamba : Hati tidak senang dengan dosa, maka sucikannya dengan taubat.

Rabu, 21 September 2011

S.A.H.A.B.A.T

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang

S-SAHABAT
A-ADALAH
H-HADIAH
A-ALLAH
B-BUAT
A-AKU

T-TELADANI



Nota hamba : Terima kasih sudi memilih aku menjadi sahabatmu.

Selasa, 20 September 2011

Isilah Hatimu.


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Maha Mengasihani

Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Nota hamba: Sedang membina kekuatan. ya Allah, pinjamkan sedikit padaku kekuatanMU. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Ampuni dosa-dosa ku, wahai Pemilik Jiwaku.
 

احفظ الله يحفظك Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger