بسم الله الرحمن الرحيم
أعو ذ بالله من الشيطا ن الرجيم
Suatu malam, selepas solat tarawikh
"Manalah si mamat ni? Lama giler solat tarawikh. Penat dah aku tunggu kat sini. Lenguh kaki dibuatnya ."
Azman merungut sendirian di luar surau tatkala menunggu kawan baiknya, Syukri yang masih lagi berada di dalam surau.
Tiba-tiba,
"Woi!" Syukri menyergahnya dari belakang.
"Opocot mak aku!". Azman melatah. Tindakannya itu membuatkan Syukri ketawa besar.
"Melatah juga ye,kau. Aku ingat oghe tino jah melatah." Tempelak Syukri.
" Nasib baik jantung aku tak tercabut, Syuk.Wei, ko ni lama giler solat. Berwirid ke? Penat tau aku tunggu kat sini. Aku ingat, nak balik je tadi. Tapi kesian pulak dekat kawan baik aku ni, aku pun tunggu jela. Nilah yang dikatakan sahabat sejati, tau. Sanggup tunggu temannya," ujar azman.
"Amboi, puji diri sendiri nampak.Sorry, lorry, strawberry, la. Aku makan jap lepas tarawikh tadi. Eh, ko tak makan ke?Lagi satu, yang ko ni cepat sangat habis solat , kenapa?" tanya Syukri.
"Aku dah makan dulu dengan budak-budak kecik tadi. Lapar sangat. Hehe.lagipun, perut aku ni tengah ada angin. Kalau tak sendawa, kentut. Jenuhla aku nak ambil wudhu'. Aku pun solat je la, lapan rakaat. Ok,lah daripada aku tak solat langsung,kan?" Azman membela dirinya.
" Lapan je? Nampaknya malam ni, aku lagi bagus daripada kau. Aku solat full rakaat tau. Semalam pun sama. Kesian, kau, kan? Patutnya bulan puasa ni lah nak grab pahala banyak-banyak." Ada nada riak pada kata-kata Syukri.
"Ye,lah.ye,lah. Ko je yang bagus. Aku ni tak bagus, pahala pun tak banyak. Dahla, jom balik," nada Azman seakan-akan merajuk.
Dia tahu, Syukri orangnya gemar membangga diri lebih-lebih lagi dalam beramal ibadah. Maklumlah, Syukri belajar di sekolah agama, sedangkan dia hanya belajar di sekolah menengah biasa. Tambahan pula, Syukri memang terkenal di kampungnya kerana kelunakan suaranya ketika mengalunkan azan pada setiap kali waktu Maghrib dan Isya' kerana pada waktu solat yang lain, Syukri tidak berkesempatan. Namun, satu sikap Syukri yang membuatkan Azman selesa untuk bersahabat dengannya ialah Syukri tidak lokek ilmu. Apa jua ilmu yang dia dapat di sekolah, dia akan kongsikan pada Azman. Kata-kata Syukri tadi membuatkan dia sedikit berkecil hati, namun dibuangnya perasaan itu jauh-jauh.
Tanpa disedari Azman dan Syukri, perbualan mereka tadi menarik minat seseorang yang sejak tadi memerhatikan mereka tidakjauh dari tempat mereka berborak.
"Azman, Syukri, tunggu kejap."
Satu suara memanggil nama mereka.
Serentak Azman dan Syukri menoleh ke arah suara tersebut.
"Eh, abang Talhah. Kenapa, bang? Kitorang nak balik dah ni. Abang nak join sekali ke?" Syukri bertanya.
Talhah, seorang pemuda soleh di kampung mereka dan juga kenalan abang Syukri yang baru sahaja menamatkan pengajiannya di Mesir.
"Boleh juga, abang pun bawa kereta ni. Apa kata abang je hantar kamu berdua balik?" pelawa Talhah.
Pantas dijawab Azman ,"Oh, boleh sangat tu bang. Kaki saya dah lenguh ni. Tadi tunggu si Syuk ni habis solat kat luar surau ."
"Oh, ye ke?alahai kesian pula dekat Azman. Tapi, abang nak ajak kamu berborak,la. Boleh tak? Dah lama tak berborak dengan adik-adik ni."
Syukri dan Azman berpandangan.
"Boleh, jugak bang. Lagipun, esok cuti," jawab Syukri.
Setelah Azman dan Syukri menerima pelawaan Talhah, mereka pun bergerak menuju ke anjung surau dan duduk di situ.
" Azman dan Syukri sihat ke? Tadi solat ok?" tanya Talhah sebagai permulaan perbualan.
Lantas di jawab Syukri," oh, saya ok, je bang. Tapi, si Man ni ha..asyik kentut je. Dia dapat solat 8 rakaat je, saya Alhamdulillah, solat full rakaat."
Azman menyiku lengan Syukri sebagai tanda tidak puas hati kerana memberitahu pada Talhah tentang dirinya yang seringkali 'buang angin' ketika solat.
Syukri hanya tersengih. Tanda dia faham mengapa Azman menyiku lengannya.
Talhah terdiam seketika. Dalam hatinya," Aku perlu menegur si Syukri ni. Bimbang rasa riak, ujub dan takabbur bersarang di hatinya dek kerana amalan yang dia lakukan."
" Oh, begitu, ke? Takpe-takpe. Pasti ada hikmah tu. Ramadhan masih berbaki 17 hari lagi. Abang yakin, Azman boleh solat dengan sempurna. Mohonlah pertolongan pada Allah agar memudahkan kita melakukan ibadah ye, dik. Biar sikit rakaat, yang penting hati kita, ikhlas dan hati juga benar-benar khusyuk dalam beribadah. Bersih daripada riak, ujub dan takabbur," Talhah membela Azman.
Azman berasa terhibur setelah mendengar penjelasan daripada abang Talhah. Cuma, persoalan yang bermain di fikirannya ," Apa hikmahnya? Kentut pun ada hikmah ke?"
Talhah seakan tahu apa yang bermain di fikiran Azman, lalu menyambung kata-kata ." Mesti adik-adik pelik kan abang kata, pasti ada hikmahnya . Abang yakin ada, baik daripada sudut agama mahupun saintifik. Tapi, abang tak nak explain dari sudut saintifik. Abang nak cakap hikmahnya dari sudut agama. Pertama, Allah nak uji Azman. Ingat! Azman perlu redha menerima ujian ni sebab Allah nak hapuskan dosa-dosa Azman dan juga meninggikan darjat Azman di sisiNYA. Kedua, Allah nak sucikan wajah Azman dengan cahaya wudhu'. Tahu tak, sahabat Nabi yang bernama Bilal bin Rabah ?Ha, Bilal ni sentiasa memperbaharui wudhu' tau sehingga kedengaran tapak kakinya di syurga nanti di hadapan Rasulullah. Ketiga, wudhu' ni dapat menjadi benteng pertahanan buat kita agar syaitan tak mudah nak memasuki badan kita dan menguasai kita. Keempat, Allah nak didik kita sebenarnya supaya tidak berasa bangga dengan solat yang kita lakukan. Mungkin, solat kita tak mampu nak tinggikan darjat kita di sisi Allah, dan sebab tu, Allah bagi ujian pada kita . Yang penting, perlu bersabar." Panjang lebar penerangan daripada Talhah buat kedua-dua sahabat itu.
Talhah memandang Syukri. Riak wajah Syukri berubah. Mungkin dia merasakan kata-kata Talhah itu tepat ditujukan buat dirinya. Masakan tidak, selama ni dia selalu memandang rendah pada Azman dan sering merasakan dialah yang paling banyak beramal ibadah.
"Syukri minta maaf, bang. Azman, maafkan aku ye. Aku banyak terleka. Aku selalu bangga dengan amalan aku. Aku selalu rasa diri aku bagus . Maafkan aku, ye Man." Syukri meminta maaf tanpa dipinta.
Azman tersenyum. " Takpe, Syuk. Aku maafkan , yang penting kau kena minta ampun pada Allah. Setiap anak Adam kan mesti punya dosa, sebaik-baik hamba yang berdosa, dia segera bertaubat setelah melakukan dosa. Kau yang ajar aku hadis, tu kan? Terima kasih Syuk. Aku hargai sangat-sangat." Dalam hati Azman, diucapkan rasa syukur yang tak terhingga pada Allah.
" Alhamdulillah, kalau Syukri dah sedar. Maafkan abang juga. Bukan niat abang nak menyindir Syukri. Tapi, abang rasa bersalah kalau tak tegur Syukri. Maafkan abang ye Syuk kalau abang yang bersangka buruk pada Syukri. Sama-sama kita berubah kea rah yang lebih baik. Ingat pesanan abang , Ibn Ata'illah pernah berkata : Jangan kamu berasa gembira kerana merasakan telah mampu membuat ketaatan tetapi gembiralah kerana ketaatan itu adalah semata-mata hidayah Allah s.w.t. Kita takkan mampu buat ibadah kalau Allah tak bagi rahmatNYA pada kita ," ujar Talhah yang menjadikan kata-kata Ibn Ata'illah sebagai penutup pada malam itu.
" Jom, abang hantar kamu berdua balik. Dah lewat ni. Maaf, abang ambil masa kamu. Nanti abang akan bagitau ibu dan ayah kamu berdua, ye ." Talhah mengajak mereka pulang kerana hari sudah terlalu lewat.
Azman dan Syukri mengikut Talhah ke arah keretanya.
Dalam hati Syukri ," ya ALLAH, malam ni aku nak solat taubat dan mohon ampun padaMU. Ampunkan aku, ya ALLAH. Terima kasih atas segalanya pada malam ni ." Syukri terus beristighfar dalam hati sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Dia punya harapan baru dalam melaksanakan ibadah yang disuruh ALLAH dan dia berharap dapat mencapai darjat mukhlisin.
TAMAT.